Jom Berzikir Astaghfirullah 100 Kali Sehari Dalam Bulan Ramadhan

Advertisement

Jom Berzikir Astaghfirullah 100 Kali Sehari Dalam Bulan Ramadhan. Marilah kita beristighfar. Minima 100 kali sehari. Kenapa perlu istighfar? Kerana istighfar adalah tanda kita memohon ampun daripada Allah SWT. Bacalah sebanyak mungkin hingga kita rasa lembik dan syahdu di atas segala istighfar kita.

Mengapa kita digalakkan beristighhfar setiap hari, paling sikit 100 kali? Kenapa? Tambahan kita digalakkan menggandakan berzikir "Astaghfirullah" dalam bulan ramadhan ini? Jom kita baca penerangannya di bawah yang saya kongsikan dari beberapa kompilasi dan rujukan seperti yang tertera di bawah.

Jom Berzikir Astaghfirullah 100 Kali Sehari Dalam Bulan Ramadhan


Jom Berzikir Astaghfirullah 100 Kali Sehari Dalam Bulan Ramadhan


Astaghfirullah = 100 kali sehari

Susah ke nak amalkan zikir astaghfirullah 100 kali sehari? Tidak susah sebenarnya. Contohnya, jika lepas solat amalkan 33 kali astaghfirullah, kalau 5 kali solat fardhu, dapat lebih 150 kali zikir astaghfirullah. Mudah kan? Tak terasa terpaksa pun kan... 

Kita ni hamba yang banyak dosa. Dalam bulan ramadhan khususnya, semua syaitan telah diikat. Secara amnya, manusia yang baik akan terus menjadi baik kerana tiada gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya. Tetapi kita yang banyak dosa, yang digelar sebagai pendosa tanpa noktah ini akan merebut masa ini untuk memperbaiki diri. Mula muhasabah diri dengan tenang kerana semua syaitan telah di kurung. Itu sebabnya, kita nampak manusia berubah jadi lebih baik apabila habis bulan ramadhan. 

Kenapa istighfar itu perlu digandakan terutamanya dalam bulan ramadhan?

1. Kerana dosa kita terlalu banyak

2. Istighfar menambahkan ketenangan dalam solat dan kehidupan seharian

3. Semoga nama Allah sentiasa di bibir kita 

4. Semoga kita redha memaafkan orang lain pula terhadap kita

5. Agar Allah mempermudahkan urusan puasa dan urusan harian kita

Istighfar adalah tindakan meminta maaf atau memohon keampunan kepada Allah yang dilakukan oleh umat Islam. Hal ini merupakan perbuatan yang dianjurkan dan penting di dalam ajaran Islam. Tindakan ini secara harfiah dilakukan dengan mengulang-ulang perkataan dalam bahasa Arab astaghfirullah, yang bererti "Saya memohon ampunan kepada Allah". 

Seorang Muslim menyebut perkataan ini beberapa kali, bukan saja ketika meminta ampun dari Allah sebagai doa, malah juga ketika dia sedang berbicara dengan orang lain. Apabila seorang Muslim hendak mencegah dari melakukan perbuatan yang salah, atau saat ia mahu membuktikan bahawa dia tidak bersalah pada satu peristiwa dia menggunakan pernyataan ini.

Setelah solat, seorang Muslim dianjurkan melafazkan perkataan ini sebanyak tiga kali. Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah. Sebab apa? Kerana dalam solat tadi pun kita tak khusyuk dan solat kita banyak kekurangsn di sana sini. Itulah sebabnya kita kena segera melafaz istighfar sebaik habis memberi salam selepas solat.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.