Sahur Dengan Telur Mata Dan Serunding Daging

Advertisement

Sahur Dengan Telur Mata Dan Serunding Daging. Salam ramadhan yang dah seminggu lebih berlalu. Semoga kita terus kuat dan bersemangat berpuasa dalam fasa kedua ini. Semakin lama berpuasa, serasa tubuh kita pun dah dapat terima dan tenang je menjalaninya walau dalam norma baharu. Bila berpuasa, satu perkara yang kita sunat lakukan adalah bersahur. Sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah. Walau sekadar dengan sebutir kurma dan air.

Bersahur apa tadi ya kekawan semua? Bagi kami, cukup yang ringkas je. Yang penting, ambil keberkatan bersahur sepertimana di sunnahkan.


Sahur Dengan Telur Mata Dan Serunding Daging


Pagi tadi kami sahur nasi putih panas-panas makan dengan telur mata dan serunding daging. Cukuplah.. itu pun dah berselera. 

Sahur Dengan Telur Mata Dan Serunding Daging

Nasi putih panas-panas di makan dengan telur mata dan serunding daging dari Kelantan. Telur mata tu saya tuang kicap sikit.. hehe

Sahur Dengan Telur Mata Dan Serunding Daging

Serunding daging yang saya order dari rakan, yang didatangkan khas dari Kelantan. Memang sedap, rasanya semua cukup.. ada manis sikit, pedas dan tak berbau. Kadang-kadang bila kita makan serunding daging ni, ada bau cili atau bahan yang dah lama. Tapi rezeki kami, dapat serunding daging yang peroi, garing dan perisa yang cukup lah.. 

Kemudian minum teh 'O' panas.. hmmm, memang menyegarkan mata. Dah kenyang tu, jangan pulak tidur semula selepas subuh. Bacalah apa yang patut, sehari satu muka surat al Quran pun tak mengapa. 

Semoga urusan puasa dan ibadat kita dipermudahkan dan mendapat puasa yang diredhai.


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.