Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Barli Untuk Kesihatan

Khasiat Barli Untuk Kesihatan. Biji barli memang banyak khasiatnya. Samada ia untuk dimasukkan dalam minuman atau makanan kita, ia memberikan manfaat yang bagus untuk kesihatan.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang diperlukan oleh manusia.

Khasiat Barli Untuk Kesihatan

Sedikit info dari Wikipedia, barli yang ditanam merupakan keturunan dari Barli liar (Hordeum spontaneum), yang masih boleh ditemui di Timur Tengah. Kedua-dua bentuk (luder) adalah diploid (2n=14 kromosom). Kesemua variasi barli menghasilkan biji benih yang mampu tumbuh apabila dikacukan dan dengan itu dianggap satu spesies yang sama masa kini. Perbezaan utama antara berli liar dan yang ditanam adalah rachis rapuh pada barli liar yang membantu kepada penyebaran sendiri (self-propagation). Jumpaan terawal barli datangnya dari tapak Epi-Paleolitik di Levant, bermula di Natufian. Barli yang ditanam telah dijumpai pada lapisan akeramik neolitik (PPN B) di Tell Abu Hureyra di Syria. Penanaman barli kelihatannya sama dengan gandum.


Khasiat Barli Untuk Kesihatan


Sama-sama kita baca manfaat biji barli terutamanya dalam kesihatan tubuh badan. Barli juga dijadikan bahan asas dalam minuman seperti kopi, dalam air yang menyihatkan dan juga dalam penyediaan bubur atau makanan untuk ibu mengandung.

Khasiat Barli Untuk Kesihatan

Khasiat Barli Untuk Kesihatan

Khasiat Barli Untuk Kesihatan

1. Menurunkan paras kolesterol dalam darah. Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan bahawa serat daripada barli sangat berkesan dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadar kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

2. Meningkatkan paras glukosa dan lemak dalam darah. Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah larut yang didapati dalam barli. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli membantu meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.

3. Mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Barli mempunyai kandungan Tokotrienol dan tokoferol yang tinggi. Ia merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi yang membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.

Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri disekat dengan gumpalan lemak yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.

Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan strok.

4. Merawat luka ringan. Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat terbakar. Caranya rebus biji barli sehingga lembut, lenyekkan, dan tampal ke bahagian yang luka.

5. Menghilangkan berat badan. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu untuk menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Ia tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan.

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisme lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

Tqpi, jika anda rasa kalau setakat buat air barli tetapi tidak ada perisa lain, minuman anda tak berapa sedap, boleh juga dicampurkan dengan sedikit garam atau gula untuk menaikkan rasanya.

Semoga bermanfaat. 

Sumber;

2. Wikipedia

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sedap air bali ni. kami sangat suka baik yang sejuk atau suam.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close