Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Solat Tasbih, Doa Dan Hukumnya

Cara Solat Tasbih. Untuk sesiapa yang ingin buat Solat Tasbih. Amatlah besar fadhilatnya apatah lagi bi dilakukan pada setiap malam, terutamanya di malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan.

Ada beberapa kaedah untuk melakukan Solat Sunat Tasbih dan kaedah yang saya kongsikan ini berdasarkan kaedah yang saya ikut/ belajar dari Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid.

Cara Solat Tasbih Dan Hukumnya


Cara Solat Tasbih


1. Ia adalah 4 rakaat 2 kali salam. Maknanya buat 2 rakaat salam then bangun buat lagi 2 rakaat dan salam

2. Niat mudah: Sahaja aku solat sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala. Lps salam naik buat lagi 2 rakaat

3. Apa yang uniknya Solat sunat tasbih ini adalah kita akan membaca tasbih dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah wa La Ila Ha Ilallah Wa Allahu Akbar. Jumlahnya 300 kali. Setiap 2 rakaat adalah 150 kali. 

4. Niat, angkat takbir dan baca Tasbih tersebut 15 kali, then baca Al-Fatihah dan Surah lazim seperti kulya (Rakaat pertama) lps tu baca tasbih 10 kali.

5. Bila rukuk, selepas baca bacaan biasa terus baca 10 kali tasbih di atas. Then bangkit iktidal, selepas bacaan biasa terus baca 10 kali tasbih, then sujud baca lagi 10 kali, then duduk antara dua sujud baca 10 kali tasbih then sujud baca 10 kali tasbih then terus berdiri untuk rakaat ke-2 baca 15 kali then baca Al-fatihah dan surah lazim (kulhu) then baca 10 kali tasbih. Lps tu rukuk baca 10 kali tasbih, then iktidal baca 10 kali tasbih then sujud baca 10 kali tasbih, then duduk antara dua sujud baca tasbih 10 kali then sujud baca 10 kali then tahiyat akhir terus baca tahiyat dan habiskan dengan salam. 

6. Kemudian, bangun untuk solat tasbih lagi 2 rakaat seperti di atas. 

Jumlah 300 kali tasbih. Jika mahu dibuat disiang hari, anda boleh buat 4 rakaat terus dan 1 salam. 

Solat tasbih boleh dibuat berjemaah. Suami isteri serta keluarga... 


Doa Setelah Solat Tasbih


اَللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ اَهْلِ الهُدَى وَاَعْمَالَ اَهْلِ اليَقِيْنِ وَمُنَاصَحَةَ اَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ اَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ اَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ اَهْلِ الرَّغْبَةِ وَتَعَبُّدَ اَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ اَهْلِ اْلعِلْمِ حَتَّى نَخَافَـكَ

اَللَّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتَّى نَعْمَلَ بِطَاعَتِـكَ سُبْحَانَ خَالِقَ النُّوْرُ.
والصَلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَي سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي اَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ والحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ

Allahumma inni as’aluka taufiqa ahlil huda, wa a‘mala ahlil yaqin, wa munashahata ahlit taubah, wa ‘azma ahlis shabri, wa wajala ahlil khasyyah, wa thalaba ahlir raghbah, wa ta‘abbuda ahlil wara‘i, wa ‘irfana ahlil ‘ilmi hatta akhafak.
Allahumma inni as’aluka makhafatan tahjizuni ‘an ma‘ashika hatta a‘mala bi tha‘atika ‘amalan astahiqqu bihi ridhaka wa hatta unashihaka bit taubah, khaufan minka hatta akhlusha lakan nashihata haya’an minka wa hatta atawakkala ‘alaika fil ’umûri kulliha wa hatta akuna ’uhsinuz zhanna bika, subhana khaliqin nur. washalatu wassau ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa’alaa alihi washahbihi ajma’aana walhamdu lillahi rabbil ‘alamiina.

Ertinya : Ya Allah aku meminta padaMu pertolongan (melakukan kebaikan) sebagaimana yang Engkau berikan kepada orang-orang yang mendapatkan petunjuk, amal-amal yang dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai keyakinan tinggi, nasihat-nasihat orang yang ahli bertaubat, kemahuan kuat yang dimiliki orang-orang yang ahli bersabar, kesungguhan orang-orang yang selalu takut (padaMu), permintaan orang-orang yang selalu cinta (padaMu), beribadahnya orang-orang yang ahli menjaga diri dari perkara subhat, pengetahuan orang-orang yang ahli dalam ilmu (agama) sehingga akupun dapat takut kepada Mu. Ya Allah sesungguhnya aku meminta padaMu rasa takut yang menjagaku dari melakukan kemaksiatan padaMu, sehingga dengan taat padaMu akupun bisa melakukan amal, yang dengannya bisa kuraih ridloMu dan dengan taubat aku dapat mengambil rasa takut kepada Engkau, dan kumurnikan padaMu nasihat kerana malu pada Engkau. Dan aku pasrahkan segala urusan padaMu kerana wujudnya prasangka baik kepadaMu. Maha Suci Allah Sang Pencipta Cahaya”.

Jika buat dengan fokus In sha Allah sekejap sahaja habis. Cubalah. Ia bagus dibuat jika tidak boleh setiap malam, buat seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sekurang-kurangnya seumur hidup sekali. Jika tak mampu buat seumur hidup sekali, cubalah usahakan tiap-tiap hari In sha Allah.... 😁😁

Semoga diberkati dan mendapat pengampunan serta redhaNya. 

Nota:

Berdasarkan perbahasan di atas (rujuk:  https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2356-al-kafi-723-hukum-solat-tasbih), didapati bahawa terdapat khilaf ulama mengenai kesunatan solat tasbih berpunca daripada perbezaan pendapat mengenai status hadis solat tasbih. Walau bagaimanapun jumhur ulama berpendapat akan kesunatannya. Oleh yang demikian kami menasihatkan dalam isu ini agar kita berlapang dada dan tidak menjadikan ia sebagai ruang untuk bid'ah mmbid'ah antara satu sama lain. Kaedah menyebut,"tiada bid'ah membid'ah dalam perkara khilaf (yang muktabar)". Wallahu a'lam

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close