Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak Liat

Saya adalah penggemar seafood atau makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kerang, lala dan banyak lagi. Alhamdulillah...so far, saya langsung tiada masalah alahan terhadap makanan laut. Selalu juga anda mengalami masalah sotong meletup bila digoreng, kan? Jangan risau...ada cara mengatasinya, sila baca sampai habis... ☺☺

Ada sesetengah restoran tak dapat buat Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Tak liat. Kebanyakan dari mereka buat ala kadar, kadangkala tepung luarnya berminyak, ada pula salutan tepungnya rasa pahit dan macam-macam lagilah.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup
Ehsan Google

Kali ini saya nak mencuba buat sotong goreng tepung yang biasanya saya order saja jika teringin memakannya. Apa kata kita cuba sama-sama Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Mudah berikut. Mana tahu lepas ini kita boleh jadi tauke restoran seafood pulak...haha

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Mudah

{Anggaran untuk 4 orang}


Cara 1:


Bahan-bahan

*  4 ekor sotong bersaiz besar - dipotong bulat ukuran 1 inci lebar
*  4 sudu tepung gandum
*  1 biji telur - dipecahkan
*  Garam
*  Lada sulah



Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup



Cara  sebenar menyediakan sotong goreng tepung mudah 


1. Toskan sotong hingga betul-betul hilang airnya. Ia bagi mengelakkan sotong meletup bila digoreng. Gaul semua sotong dengan garam dan lada sulah.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api yang perlahan.

3. Celupkan sotong ke dalam telur yang dipecahkan tadi. 

4. Salutkan sotong dengan tepung. Bila nak goreng baru salutkan sotong dengan telur dan tepung agar sotong tidak terlebih lembik.

5. Goreng sotong dengan minyak yang penuh. Sotong akan masak dengan cantik dan rangup. Jika kurang minyak, sotong akan lembik.

6. Angkat bila sotong kekuningan.

Cara 2:


Bahan-bahan


*  4 ekor sotong berukuran besar - potong bulat & nipis


Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup


*  3/4 cawan tepung gandum
*  1 sudu kecil baking powder
*  1/8 sudu kecil garam
*  1 sudu besar minyak masak
*  sedikit pewarna kuning - agar warna tepung kekuningan
*  air secukupnya - lebih kurang 1 cawan
*  minyak untuk mengoreng
*  1 sudu besar tepung lagi - untuk lumur pada sotong



Cara sebenar buat sotong goreng tepung yang rangup dan lazat


1. Toskan dulu sotong bagi betul-betul kering, kemudian lumurkan sotong dengan tepung. Ia bagi menghilangkan bau hanyir pada sotong. Ketepikan.

2. Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kecuali air dan pewarna. Kemudian masukkan air sikit-sikit sambil dikacau agar adunan tidak berketul. Masukkan pewarna dan kacau sebati. Adunan ini tidak terlalu cair, pekat sedikit berbanding menyediakan bancuhan lempeng atau kuih ketayap.

3. Biarkan bancuhan tepung seketika anggaran 5 - 7 minit. Kemudian, celup sotong ke dalam tepung hingga menyaluti sotong sepenuhnya.

3. Panaskan minyak dan celup sotong satu-satu dalam tepung dengan pegang perlahan-lahan. Kemudian digoreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

4. Siap untuk dihidangkan.


Rahsia Sotong Goreng Tepung Rangup


1. Goreng dengan minyak yang penuh. Jika kurang minyak, sotong akan lembik dan berminyak. Sebaik sotong masak kekuningan, toskan dalam penapis terlebih dahulu sebelum diletakkan di dalam piring.

2. Tambahkan dengan baking powder atau tepung jagung untuk hasil yang lebih rangup.

3. Rupanya bila gunakan cuka epal, dapat mengelakkan sotong daripada 'meletup' dalam kuali. Caranya: Ambil 2 sudu besar cuka epal, *Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada 'meletup' sewaktu digoreng.

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mencuba resepi sotong goreng tepung mudah di atas.



Read More ....


Post a Comment

11 Comments

  1. ank2 suka sotong...okok..will try... tq aynora... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Elly, sotong goreng tepung mmg sedap..;))

      Delete
  2. Kalau tak potong boleh tak ? Goreng sekor-sekor ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak dipotong kurang rangup atau garing. Sebab air dalam perut sotong tak abis keluar.

      Delete
  3. Terima kasih kongsi resipi. Mudah bahan dan caranya. Tq

    ReplyDelete
  4. dap2 nya...favorite sy ni..tapi selalu letak tepung serbaguna je..lenkali blh la wat sendiri..part yg paling tak tahan kalau sotong yg digoreng meletup2...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close