Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam. Dalam lockdown dan MCO 3.0 yang tahu bila habisnya, kita yang duduk rumah pun stress tak tahu nak masak apa lagi untuk santapan seisi keluarga. Pelbagai menu dan gaya masakan dah dibuat, sampai tepu otak nak mikirkannya.. 

Akhirnya masak je la sambal sotong dengan tumis bayam. Habis citer.. nak tak nak si bujang kecikku kena makan jugak lauk sotong tu. Dia tak berapa suka dengan sambal sotong, tapi kalau sotong goreng tepung makan pulak! Haish..

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam 

Tumis bayam tu saya masak tanpa air. Sebabkan daun bayam yang lembut, maka tumis sekejap je dah siap. Tabur sikit serbuk maggi secukup rasa. Memang ngam la!

Sambal sotong tu saya masak yang saiz kecik punya, senang tak payah potong, masuk seekor terus. Hehe..

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam

Lunch Sambal Sotong Dengan Tumis Bayam

Sotong sambal dengan sayur bayam kemudian kita goreng ikan kerisi buat ratah-ratah.. goreng garing memang sedap. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan. Memang tak toleh kiri kanan..

Lepas dah stress hari ni dapat masak untuk family. Masak banyak terus siap untuk lauk makan malam sekali.

Esok tak tahu nak masak apa pulak.. silap haribulan kita order nasi arab je la..

Selamat bersantai berama keluarga..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close