Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Senyuman Ini Ikhlas Untukmu!

Senyuman ini ikhlas untukmu. Biar yang ikhlas saja yang dipamer, nanti damainya hinggap ke ruang rasa. Tersenyumlah! Agar hari-hari dilalui bernada ceria, menghalau lelah yang selalu singgah tak dipinta. Jadikan senyuman mu sedekah buat membuka jalan rezeki buat kamu, dia dan aku!

Terpandang senyum rela, betapa langkah kian bertenaga. Senyummu itu semangat hariku, tawa lembut itu penyegar rasa lemah, penyubur rasa tabah. Sahabat, engkaulah itu yang tak berkira, tersenyum walau di sisi mu penuh pedih dan luka.

Ingatlah! Senyuman ini pun sentiasa ada!

Bisakah hati yang terluka di ruang paling dalam tersenyum dengan seikhlas rasa? Pernahkah kau tersenyum pura-pura demi menjaga hati banyak pihak? Kita sering bergetar rasa, menahan amarah lantas tersimpan dendam yang bertali arus.


Senyumlah dengan seikhlas hati dengan rasa lapang dada. Bukankah senyum itu satu sedekah? Senyum adalah sedekah yang paling mudah yang kita boleh buat pada bila-bila masa dan tak mengira kepada siapapun sedekah itu bakal dinikmati. Yang penting, biarlah senyuman itu ikhlas darimu!

Teman... kita tak sempat untuk menoleh ke masa silam dek hambatan masa kini yang deras langkahnya. Dalam kesibukan itu, kita sekadar berbalas lambai dan senyum. Usah di tafsirkan senyuman ini apa ertinya? Bukankah kekadang sesuatu pemberian itu tidak mempunyai maksud yang tersirat.

Aku tersenyum, kau pun tersenyum...
daunan kering lalu terjatuh di atas telapak tangan
mendamba ingatan kian pudar
tak satu pun terikat di atas jemari
lerai bersama daunan nan kering itu
begitu rapuhnya kenangan itu hilang
tanda kita tak muda lagi
untuk melewati memori di hujung hari

bila ku tersenyum memanggil tawa
kau menutup mulut dengan malu
kerana ada mata-mata comel
memerhati tingkah kita

biarlah senyum itu ku simpan di hati...
tanda kenangan itu masih bersisa lagi...

coretan kenangan,
aynora nur

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close