Amalan 24 Jam Sehari Mendamba Syurga Allah Tertinggi

Amalan 24 Jam Sehari. Amalan yang boleh menghalang api neraka dari menyentuh tubuh kita. Walau apa amalan pun, bukan sekadar yang dinyatakan di bawah, asalkan amalan tersebut direstui oleh Allah SWT, teruskanlah! Kerana kita hidup di atas dunia yang fana ini adalah untuk Allah, jadikan dunia sebagai ladang akhirat.

Dalam 24 jam sehari, selitkan sedikit ruang melaksanakan 25 amalan berikut dalam mendamba syurga Allah paling tinggi iaitu Firdaus A'la. Dapat masuk syurga Allah pun dah paling beruntung, rasa paling gembira. Apatah lagi jika dapat terpilih masuk ke syurga Firdaus A'la. Subhanallah. Semuanya atas kehendakNya.

Amalan 24 Jam Sehari Mendamba Syurga Allah Tertinggi

Amalan yang dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber adalah:

1) Baca QulhuAllah (surah al Ikhlas) 10 kali setiap pagi 

2) Al Mulk sebelum tidur 

3) Sedekah subuh hari-hari

4) Ayat kursi lepas solat 

5) Selawat pada hari jumaat melebihi zikir-zikir lain. 

6) Berwudhu 10 min sebelum azan, off hp dan berzikir utk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat

7) Satu doa utk setiap satu sedekah subuh. 

8). Seindah-indah ibadah - membaca istighfar 10min sebelum azan subuh, tundukkan kepala dan usahakan sambil menangis walau olok-olok. (waktu sahur) 

9) Mencari kawan-kawan soleh utk mendapat shafaat mereka - amalkan وأدخلنا برحمتك في عبادك الصالحين  "wa adkhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: jadikan kami dalam rahmatmu bersama para solihin. 

10) Setiap kali masuk masjid cari Al Quran dan baca walau 1 ayat utk tambah saksi di akhirat. 

11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la.. mohon yang paling tertinggi 

12) Khatam 1 juzuk sehari - 1 helai sebelum solat dan selepas solat 

13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan - keluarga bahagia. 

14) Solat witir sebelum tidur, ditakuti tak terbangun tahajjud utk lakukannya - agar menjadi ahli witir. 

15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji. 

16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt. 

17) Ahlul Quran yang dimasukkan ke dalam neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka 

18) Sunat baca Al Fatihah tanpa bersambung untuk tunjukkan adab kerana membaca Al Fatihah umpama berdialog dengan Allah 

19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1 kali, 3 kali atau 7 kali

20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah 

21) Dalam tiap amalan titip pahala untuk ibubapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun. 
22) Kurangkan bicara tentang dunia gantikan dengan zikir supaya hati tenang 

23) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tak sibukkan aib orang

24) Semalas-malas sunat qabliah/ ba'diah jangan tinggal qabliah subuh kerana martabatnya seperti solat wajib. 

25) Jika ada hajat amalkan, حسبنا الله ونعم الوكيل Hasbunallah Wani'mal Wakil, sebanyaknya dan jaga hubungan dengan Allah pasti makbul.

Semoga bermanfaat. Sampaikanlah, walau usaha kita tidak dipandang lagi. Sebarkanlah! Kerana kita hidup sekadar mengaharap redha Allah, untuk Allah pandang. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close