Lebihkan sayur dan buah-buahan untuk kesihatan yang terbaik. Banyakkan minum air masak kerana ia langsung tidak mengambil masa untuk diproses @ dihadam.
Berapa Lamakah Makanan Boleh Hadam?
Makanan ada bermacam jenis, ada yang keras, lembut, cecair dan sebagainya. Nak tahu berapa lama masa diambil untuk setiap makanan itu dihadam? Jom lihat penerangan ringkas di bawah.
Lama makanan di proses adalah seperti berikut;
1. Air - serta merta
2. Ayam - mengambil masa 120 minit @ 2 jam untuk diproses
3. Buah-buahan - mengambil masa antara 15 - 30 minit untuk diproses
4. Kekacang - mengambil masa 180 minit @ 3 jam untuk diproses. Wow.. tak sangka masa yang diambil begitu lama ya
5. Daging - mengambil masa lebih kurang 180 minit @ 3 jam untuk diproses. Hmm.. sebab itu kita tidak digalakkan makan daging dengan kerap
6. Sayur-sayuran - mengambil masa antara 30 - 40 minit untuk diproses atau dihadam.
Bila membaca penerangan di atas, kita bole faham bahawa air, buah-buahan dan sayur-sayuran amat bagus untuk perut kita kerana ia antara makanan yang mudah hadam dan cepat diproses.
Jikalau anda dalam proses diet dan mengamalkan pemakanan sihat, jadual di atas amat berfaedah untuk dirujuk.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.