Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap. Pagi ni kami breakfast cempedak goreng. Beli 2 biji saiz kecik, sebiji harga RM8.00. Beli 2 biji lebih kurang RM22.50, sebab berat dia 2 kg lebih.. tetapi siapa sangka, isi dia dekat 50 ulas untuk 2 biji cempedak itu.

Beli cempedak ni nasib sebenarnya, ada yang saiz besar, isi ada beberapa ulas je. Ikut rezeki masing-masing. Ada pula bau harum diluar, bila dibuka isinya keras dan tak manis. Hehe.. tak tau nak tengok mana satu yang elok berdasarkan luaran saja. Begitu juga manusia, cantik di luar belum ada jaminan cantik di dalamnya.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap


Bahan-bahan:

2 biji cempedak - keluarkan isinya
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3 sudu makan minyak masak
Garam secukupnya

Cara goreng cempedak rangup kulit dan manis


1. Gaulkan tepung, tepung beras dan minyak masak hingga rata. Kemudian bancuh dengan air garam hingga cair. (Anggaran cair macam nak buat lempeng, dan cempedak boleh lekat)

2. Celupkan cempedak dalam bancuhan tepung tadi.

3. Goreng dalam minyak terendam dan api panas.

4. Bila warna dah kekuningan, warna keemasan bolehlah di angkat.

5. Toskan minyak dulu, baru pindahkan dalam piring.

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap

Cara Goreng Cempedak Rangup, Manis Dan Sedap
Cempedak goreng siap untuk dimakan. Hehe.. Makan pelan-pelan ya, panas cempedak tu..

Cara goreng cempedak jadi rangup dan manis di atas adalah ikut cara yang selalu saya guna. Ada juga yang goreng guna api sederhana, tetapi terpulang. Sebab isi cempedak dah manis, kulit tepung tu pun cepat masak bila digoreng. Bila api panas, kulit salutan tepung cempedak tu lebih rangup dan garing.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.