Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Istimewanya Waktu Setiap Petang Jumaat Selepas Asar

Istimewanya Waktu Setiap Petang Jumaat Selepas Asar. Hari jumaat adalah untuk kita. Hari istimewa dan hari mulia untuk umat islam di atas muka bumi ini. Setiap kali tibanya hari jumaat, berlumba-lumba manusia membuat sedekah. Melebihkan sesuatu ibadah. Ada juga wanita muslim yang tidak bertudung, akan mengenakan tudung pada hari jumaat. Insya Allah, semoga mereka terus kuat dan istiqamah menutup aurat.  

Antara lain keistimewaan hari jumaat adalah:

1. Hari meraih pahala
2. Hari terselamat dari seksa kubur
3. Penghulu segala hari
4. Hari menghapuskan dosa
5. Sesiapa yang meninggal dunia pada hari jumaat, dikira meninggal dalam keadaan khusnul khotimah

Istimewanya Waktu Setiap Petang Jumaat Selepas Asar


Istimewanya Waktu Setiap Petang Jumaat Selepas Asar


Kenapa dengan petang jumaat? Istimewanya di mana? Dan... DI MANAKAH KITA BERBANDING DENGAN MEREKA? Berbanding mereka yang menyantuni petang jumaat.

Cuba renung-renungkan perkara di bawah ini:

■ Thowuus bin Kaisan rahimahullah apabila selesai mendirikan Solat Asar pada hari Jumaat, beliau akan mengadap kiblat dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun sehinggalah tenggelam matahari. 

■ Al-Mufaddhal bin Fadholah rahimahullah pula setelah Solat Asar pada hari Jumaat, beliau akan menyendiri di suatu sudut masjid lalu berterusan berdoa sehingga tenggelam matahari.

■ Sa'id bin Jubair rahimahullah setelah menunaikan Solat Asar pada hari Jumaat, beliau tidak bercakap dengan sesiapa pun sehinggalah matahari terbenam kerana mahu menjaga waktu yang sangat mulia ini daripada disia-siakan.

Mereka sangat mengambil berat waktu tersebut kerana tidak mahu terhalang daripada ditaufiqkan oleh Allah untuk mendapat waktu yang mustajab ini.

Sabda Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam : 

Pada hari Jumaat terdapat dua belas waktu. Tidak ada seseorang hamba muslim yang memohon sesuatu daripada Allah, melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya permohonannya itu. Justeru, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya pada PENGHUJUNG WAKTU SELEPAS SOLAT ASAR. {Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan An-Nasa'ie}

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk memanfaatkan waktu yang mustajab doa ini."

Semoga segala perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close