Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri

Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri. Setelah penat bekerja, maka rewards la diri sendiri dengan sesuatu yang menggembirakanmu! Tak kisah lah apa bendanya, yang penting hadiah itu sebagai pemangkin semangat untuk bekerja lebih tekun. Lagi satu, biarlah apa yang beli itu berguna sampai bila-bila.. 

Sebagai rewards untuk diri, saya beli satu beg dan jam tangan Coach, yang harganya sederhana dan memang akan selalu saya gunakan bila bekerja. 


Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri


Nak bagi hadiah untuk diri sendiri tak payah tunggu tibanya harijadi atau hari istimewa kita. Selagi rasa nak rewards diri tu seminggu sekali, sebulan sekali ke.. tak kisah.

Contoh barang yang boleh dijadikan rewards termasuklah:

1. Simpan duit 
2. Beli beg tangan
3. Beli baju
4. Beli emas
5. Jalan-jalan makan angin 
6. Berehat santai-santai dengan orang tua
7. Dan banyak lagi..

Maka, kali ni saya rewards diri sendiri dengan beli beg tangan dan jam Coach. 

Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri

Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri

Tak mahal pun sayang.. dua barang tu bernilai RM700 je. Bag Coach tu factory outlet.. memang murah pun. Kalau butik punya, mahal lah. Saya ada juga beg Coach bentuk dan design sama cuma warna je lain.. boleh baca di sini ceritanya.. tapi yang dulu itu saya beli mahal sikit..

Saya beli pun dari Instagram, ramai je seller yang jual beg branded yang factory outlet punya. Beg branded yang pre-loved pun ramai yang jual. 

Beg Dan Jam Tangan Coach Sebagai Hadiah Untuk Diri Sendiri

Namun kalau nak beli dan shopping online, check background seller tu ya sayang-sayang semua. Chat dulu, voice note atau baca feedback yang ada. Tengok jugak seller tu aktif atau tidak. Jika last update setahun lepas, jangan lah main-main nak order ya. Takut scammer pulak.

Okay, nak rewards diri tu tak salah. Ia sebagai satu cara memotivasikan diri dan orang sekeliling. Tenang-tenang je, kita buat untuk kita rasa selesa dan dihargai. Kalau orang lain tak hargai kita, tak mengapa. Kita jaga diri kita sendiri, betul tak?
 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close