

Harga emas yang saya beli dulu adalah RM165 segram. Sekarang ni dah cecah RM256 segram. Dengan panjang lebih kurang 20.5 cm. Berat 13.36 gm.
Emas Lama 916 Tetap Berkilat Jika Di Jaga Dengan Betul
Saya ada koleksi rantai tangan emas 916 yang sudah lama, rasanya sama usia dengan anak bongsu saya iaitu 14 tahun. Dan saya kerap memakainya buat basahan, orang kata.. tapi hingga kini warnanya tak luntur, cuma kilatnya ada sedikit kurang. Kalau rajin, saya akan cuci sendiri dengan cara berikut;
1) dengan berus gigi yang lembut berusnya, gosokkan barang kemas anda dengan sabun mandian. Gosok dengan perlahan hingga nampak kilat. Lap dengan kain bersih hingga kering.
2) boleh juga rendam dalam air panas. Nanti kotoran yang ada kat barang kemas akan timbul. Tapi kalau barang kemas itu ada batu permata, hati-hati ya. Takut permata tu longgar nanti
Ada juga cara-cara lain, tapi saya tak pernah lakukan. Contohnya cuci barang kemas dengan ammonia dan alkohol. Kalau tak pernah buat, biarlah mereka yang profesional yang lakukannya.
Semoga bermanfaat.
#selalu berdoa nak jadi tauke kedai emas, semoga Allah izinkan.. 💖💖
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.