Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea One The Woman Di Saluran ONE

Drama Korea One The Woman Di Saluran ONE. Sekarang ni saya sedang menonton drama korea terbaru yang dilakonkan oleh bekas Miss Korea tahun 2006 iaitu Honey Lee. Ceritanya agak best dengan kisah kekeluargaan, perniagaan, kisah dunia peguam dan balas dendam. 

Kisahnya agak laju dan watak utama di bawa oleh Honey Lee sebagai Kang Mi Na amatlah sesuai dengan ketinggian dan ketegasan nya menghayati watak. Memang tak bosan tengok drama yang bersiaran setiap malam Ahad dan Isnin.

Drama Korea One The Woman Di Saluran ONE

One the Woman diterajui oleh Honey Lee sebagai Cho Yeon Joo/ Kang Mi Na, Lee Sang Yoon sebagai Han Seung Wook dan Lee Won Geun sebagai Ahn Yoo Jun.


Drama Korea One The Woman Di Saluran ONE


Info drama;


🎈Judul drama: One the Woman
🎈Dikenal juga dengan judul: Wonder Woman
🎈Pengarah: Choi Young Hoon
🎈Penulis skrip: Kim Yoon
🎈Pelakon utama: Lee Sang Yoon dan Honey Lee
🎈Genre: Romance, drama, melodrama
🎈Tayang di: SBS, Viu
🎈Jumlah episode: 32 episode
🎈Durasi: 35 minit

Drama Korea One The Woman Di Saluran ONE


Sinopsis Drama One The Woman


One the Woman bercerita tentang seorang pendakwa yang panas baran dan kasar, yang suatu hari kehilangan semua ingatannya dan jiwanya tertukar dengan seorang wanita konservatif yang mirip dengannya.

Cho Yeon Joo (dilakonkan oleh Honey Lee) adalah seorang pendakwa dan satu-satunya wanita pelaku aksi dalam kelompok gangster. Ketika kejadian mengejar tertuduh yang terlihat sangat mirip dengannya, dia mengalami kecelakaan kereta. Hidupnya berubah ketika dia sedar dari koma dengan hidupnya tertukar dengan puteri bongsu dari konglomerat yang kaya di dunia kewangan. Wanita itu juga menantu dari Group BK, salah satu syarikat terkemuka di Korea, berkahwin kerana terpaksa. 

Han Seung Wook (dilakonkan oleh Lee Sang Yoon) adalah seorang konglomerat yang masih memiliki perasaan yang murni tentang cinta pertamanya. Meskipun dia dan ibunya  meninggalkan Korea kerana merasa tersisih selepas kematian ayahnya yang penuh curiga, Seung Wook cuba menyiasat punca kematian ayahnya dan bergandingan dengan Kang Mi Na palsu.  

Dalam prosesnya itu, dia bertemu dan terkenang cinta pertamanya lagi, iaitu seperti ada pada Pendakwa yang menyamar itu, dan dia berusaha untuk tidak kehilangan lagi. 

Bagaimanakah akhir drama One The Woman nanti? Di manakah Kang Mi Na yang sebenar? Adakah Cho Yeon Joo akan mendapat kembali memorinya yang hilang akibat kemalangan itu?

Sama-sama kita nantikan episodnya sehingga tamat. Okay👌👍

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close