Asam Pedas Ikan Merah, Sedap Hirup Kuahnya

Asam Pedas Ikan Merah, Sedap Hirup Kuahnya. Bukan cerita pasal resepi. Tapi al kisah lauk makan kita orang hari ni adalah ikan merah asam pedas in the house! Asam pedas ala-ala Johor iaitu asam pedas hirup kuah. Kita orang buat cair-cair sikit, boleh hirup puas-puas.

Asam Pedas Ikan Merah, Sedap Hirup Kuahnya

 Selain ikan merah, ikan kaci pun sedap di masak asam pedas, selain ikan siakap dan ikan selar kuning saiz besar. Masa duduk asrama dulu, ikan kembung pun dia orang masak asam pedas. Sedap jugak la.. 


Asam Pedas Ikan Merah, Sedap Hirup Kuahnya


Maaf lah ya, korang tumpang tengok gambar je. Lauknya sudah dilangsaikan oleh kami anak beranak. Masak asam pedas, saya suka letak lebih serai yang diketuk. Sambil makan, jika terjumpa serai tu, saya sedut air dia. Haha.. best rasa serai dengan kuah asam pedas tu. 

Asam Pedas Ikan Merah, Sedap Hirup Kuahnya

Sekarang harga ikan boleh tahan mahal terutama sejak PKP dan pandemik covid 19. Sebab ada kekangan nelayan turun ke laut, kan? Tapi kalau nak makan jugak, beli lah sekali sekala. 

Oh ya, apa bahan wajib masuk dalam asam pedas korang? Bagi saya, asam pedas tanpa daun kesum bukan asam pedas namanya. Daun kesum mesti nak kena ada, dengan asam jawa. Barulah naik rasanya asam pedas tu.

Walau apa pun, setiap negeri ada cara masakan masing-masing, kalau korang nak makan asam pedas cair, kuah hirup.. datanglah ke negeri kami ya.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close