Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu. Pernah makan buah berangan? Kalau pernah, bagaimana rasanya? Sedap kan? Orang kata sekali rasa macam biji nangka rebus. Lemak-lemak gitu. Kalau dah makan banyak kali, korang akan tahu perbezaannya. Bagi saya sendiri, rasa buah berangan ada lemak, manisnya. Kat hujung-hujung kunyah tu rasa manis. Sebab tu, kalau korang ada diabetis, kurangkan makan buah berangan ya.

Macam mana rupa pokok buah berangan? Saya pun kurang pasti, tetapi boleh tengok gambarnya seperti dibawah, ehsan dari Google.. 

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu
Pokok buah berangan

Macam mana nak makan buah berangan? Buah berangan boleh dikupas dan ia boleh terus dimakan mentah tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pedicel tidak diasingkan. Bagaimana pun lazimnya antara kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar atau lebih tepat di sangan sahaja dimana kulitnya tidak perlu dikupas. Bila dah masak, baru kupas atau pecahkan kulitnya untuk mendapatkan isinya yang telah masak @ lembut.

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu


Yang saya tahu buah berangan ni melawaskan buang air besar iaitu bagus dimakan bagi mereka yang mengalami masalah sembelit.

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu

Isi buah berangan, bila dah masak bila disangan, panggang atau grill.. warna dia kuning kecoklatan. Jadi kedut-kedut sikit.

Sedap di makan panas-panas, kalau dah sejuk macam kurang sikit rasanya.

Nak kopek kulit dia punyalah susah bagi yang tak biasa, tapi kalau dah biasa makan, okay je. Lebih senang beli yang dah dimasak dan dikopek kulitnya.. 

 

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu

Sekali pandang buah berangan ni macam buah rambutan, kan? Tapi jangan tertipu, rasa isinya langsung tak serupa! Hehe..

Khasiat Buah Berangan Yang Ramai Tak Tahu


Selain itu, antara khasiat buah berangan adalah:


1. Mengandungi vitamin C. Buah berangan sememangnya kaya dengan khasiat sehingga dikenali sebagai makanan maharaja sejak zaman Dinasti Jin dan Dinasti Yuan. Kajian University of Missuori Center, Amerika Syarikat, menjelaskan kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah berangan setara lemon sehingga mampu memperbaiki sistem imun tubuh.2. Kajian itu diperkukuh dengan penyelidikan University of Maryland, Amerika Syarikat, yang menyatakan kandungan vitamin C yang tinggi berupaya melindungi tubuh individu daripada serangan sakit jantung dan strok.

3. Pengambilan 100gm buah berangan sehari bukan sahaja memenuhi keperluan karbohidrat tubuh tetapi juga membekalkan zat tiamin, niasin, vitamin B6, asid partoterik, kalsium, zink, fosforus, magnesium, dan riboflavin.

4. Melindungi jantung. Beberapa jenis buah berangan sebenarnya telah menunjukkan kesan perlindungan pada jantung anda. Ini sebahagiannya kerana buah berangan mengandungi kandungan antioksidan, yang boleh mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung. Rujukan

Buah ini juga mengandungi kalium, sejenis mineral penting yang boleh mengurangkan beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Satu kajian mendapati bahawa peningkatan pengambilan kalium dapat menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko strok sebanyak 24 peratus dengan berkesan.

Jika anda mengalami masalah jantung, cuba untuk memasukkan hidangan buah berangan dalam diet anda kerana ia dapat membantu mengurangkan beberapa faktor risiko penyakit jantung dan menjaga jantung anda agar kekal sihat dan dalam keadaan yang baik.

5. Boleh mengurangkan berat badan. Buah berangan dipercayai mengandungi serat yang tinggi, apabila kita mengambilnya dalam diet kita, kita akan rasa kenyang yang lama. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan diet serat yang tinggi boleh meningkatkan hormon yang membantu mengekang selera makan dan mengurangkan hormon yang menyebabkan rasa lapar.

Memang betul, kami beli buah berangan yang disangan dalam 500 gm, makan beberapa biji pun dah rasa kenyang. Harga buah berangan boleh tahan mahal jugak ya..

Semoga beberapa khasiat buah berangan yang disenaraikan dapat menambahkan info kita terhadap buah berangan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close