Kali ni saya masak sardin dengan suhun, dan dicampurkan dengan kicap lemak manis untuk rasa yang lebih sedap.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Sardin Masak Suhun Berkicap
Sedap tau masak sardin dengan suhun dan kicap. Tak pernah cuba? Meh cuba resepi yang saya share di bawah.
Bahan-bahan:
1 tin sardin - saiz besar
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas halia - hiris kasar
8 tangkai cili padi merah - hiris
1 keping asam keping
Garam secukupnya
1 bungkus kecil suhun - rendam seketika
Kicap lemak manis Jalen secukupnya
1/2 cawan air
Cara Menyediakan Sardin Masak Suhun Berkicap
1. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan air. Biar seketika
2. Tuangkan sardin dan gaul rata. Kemudian, Masukkan asam keping.
3. Masukkan kicap lemak manis secukupnya. Kemudian, baru masukkan suhun yang telah direndam tadi. Biar seketika hingga mendidih.
4. Perisakan dengan garam.
Siap untuk dihidang. Makan dengan nasi putih panas-panas. Lauk lain tak perlu, dah sedap dah ni. Anak-anak pun suka...

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.