Cara Uli Doh Kulit Karipap Nipis Dan Rangup

Cara Buat Kulit Karipap Nipis Dan Rangup. Menu breakfast faveret sepanjang zaman saya adalah karipap atau epok-epok. Tak pernah jemu atau muak, ada orang offer karipap kita ambik walau dah kenyang. Teruk kan?? Siapa sama macam saya? Kuih kegemaran saya ni jatuh ke anak-anak jugak. Kalau beli karipap mesti dekat 10 ketul. Hehe..

Mak mertua juga pandai buat karipap dan dia juga berjualan karipap selama lebih 20 tahun berniaga di kantin sekolah. Dari situ lah saya belajar cara nak buat kulit karipap yang nipis dan rangup. Jom kita tengok caranya di bawah ya..

Cara Uli Doh Kulit Karipap Nipis Dan Rangup

Cara Uli Doh Kulit Karipap Nipis Dan Rangup

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba


Cara Uli Doh Buat Kulit Karipap Nipis Dan Rangup


Cara Uli Doh Kulit Karipap Nipis Dan Rangup


Bahab - Bahan & Cara-caranya;


4 cawan tepung gandum
Sedikit garam, dibancuh dengan air
1/4 cawan minyak panas
1 sudu besar shortening (tak letak pun tak apa)
2 sudu besar butter @ majerin
Sedikit air - ikut kesesuaian doh

Cara-cara uli doh nak buat kulit karipap rangup


1. Satukan tepung dan air garam. Gaulkan dan tambah minyak panas.

2. Masukkan bahan lain dan gaul rata dengan tangan.

3. Masukkan air sikit-sikit hingga jadi doh yang lembut dan senang dicanai. Canai dan leperkan doh nipis-nipis, tapi kena sesuai untuk isi inti. Orang kata ngam-ngam nipis dia ..

4. Terap dengan acuan atau gunakan kreativiti untuk kelim tepi kulit karipap. Masa ni mestilah anda dah masukkan inti dia.. hehe

5. Panaskan minyak betul-betul sebelum menggoreng. Lepas tu slowkan api, baru masukkan karipap.

6. Bila dah kuning sekata angkat. Siap untuk dihidangkan.

Itulah cara nak buat kulit karipap yang nipis, rangup dan tak liat bila dah sejuk. Kalau nak ada letup-letup kulit dia.. kombinasi minyak panas dengan air tu yang jadi rupa kulit karipap ada sikit-sikit letup tu..

Tapi kalau suka kulit karipap yang licin rata je, tak perlu guna minyak masak pun tak apa. Cukup guna majerin @ butter.


Lihatlah kulit karipap yang nipis dan rangup di bawah. Letak inti secukupnya, tak sikit tak banyak berlebihan, maka cantiklah kejadian karipap kita. Selamat mencuba ❤😍😍

Cara Uli Doh Kulit Karipap Nipis Dan Rangup

Catat Ulasan

0 Ulasan

close