So, malam tadi dinner kami direzekikan dengan kerabu mangga yang amat sedap!
Kerabu Mangga Sedap, Hidangan Pembuka Selera
Ada orang rasa makan lebih sedap bila ada sambal belacan. Ada pula nak makan mesti nak ada kicap. Kalau tidak tak jalan katanya.. hehe
Kami pula, malam tadi dinner dengan hidangan pembuka selera iaitu kerabu mangga ala Thai. Sedap sangat, kemudian mangga tu rangup je bila di kunyah. Memang sedap, dengan rasa masam manis dia. Saya rasa sos kerabu mangga tu datang khas dari Thai, resepi rahsia dia orang tu...
Sambil tu order jugak sotong goreng tepung, tomyam seafood dan ikan siakap 3 rasa. Semua menu ikut tekak anak bujang sorang tu, kita follow je. Almaklum budak-budak MRSM kan baru habis final exam. Kasi chance la dia paw kita. Ikhlaskan untuk gembirakan anak-anak. Insya Allah, direzekikan dengan anak-anak yang soleh dan baik akhlaknya..
Happy dinner uolss..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.