Header Ads

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?
Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap? Telah timbul persoalan dalam benak fikiran kita semua, adakah terbatal solat jika batuk atau menguap ketika solat? Ada yang mengatakan sah, dan ada pula pendapat yang mengatakan solat tak sah.

Justeru, mari baca perkongsian yang saya dapatkan dari kuliah maghrib dari seorang ustaz di tempat saya.

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?


Mengikut kuliah maghrib beberapa hari lepas, ustaz menjawab pertanyaan dari kariah yang hadir dalam surau Al Falah. Tanya seorang jamaah, adakah batal solat jika terbersin, batuk dan menguap?Solat boleh jadi batal dan tidak sah apabila menguap, batuk dan bersin ketika rukun qauli. Kita perlu ulang baca ketika bersin, batuk atau menguap...jikalau tidak, solat jadi tidak sah.

Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu

1. Takbiratul ihram,
2. Fatihah
3. Tasyahud akhir
4. Selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir dan
5. Salam ke kanan.

Maksudnya, ketika perbuatan terbersin, menguap atau batuk berlaku di dalam 5 rukun qauli di atas, maka hendaklah diulang baca pada bacaan-bacaan tersebut.

Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu tidak mengulang semula bacaan atau ayat ketika menguap, batuk dan bersin. Ini adalah kerana ketika menguap, batuk dan bersin, bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya dalam keadaan terputus tadi maka bacaan rukun tadi tidak sah. Maka, tidak sahlah solatnya.

Justeru, pastikan kita, isteri dan anak-anak, saudara-mara, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat diingatkan tentang hal ini sebagai kerja dakwah kita. Pastikan kita semua mengulang semula bacaan pada ayat yang terputus ketika menguap, batuk dan bersin tadi.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.