Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker. Selamat hari minggu kepada pembaca semua, selamat berehat dan bersantai bersama family tersayang. Kami breakfast keledek oren je, tapi amat mengenyangkan. Makan sikit dah kenyang. Alhamdulillah.

Keledek oren ni kami dapat dari mak mertua, ketika pulang sekejap pada hujung minggu lepas. Banyak jugak la dia bagi, dekat 2 kg. Dekat seminggu jugak keledek tu terbiar je, baru hari ni nak rebus. Hehe..

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker

Nampak tak tu, isi keledek oren yang masak sepenuhnya, lembut dan mudah dimakan. Rasanya lemak manis dan mengenyangkan dengan cepat.

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker


Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker


Tak susah ke rebus keledek guna preasure cooker? Tak sayang.. amatlah mudah! 10 minit je dah masak. Tak payah jaga api atau ubah api besar @ kecil. Hanya dengan tekan 2 butang, dah boleh steam keledek oren kita tu..

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker

Sarapan Keledek Oren Rebus Dengan Pressure Cooker

Apa istimewanya dan mudahnya guna pressure cooker rebus keledek oren? Mudah sangat ya kekawan, sebelum basuh dulu keledek tu ya!

1. Tekan 2 butang, start dan "Steam"
2. Automatik setting keluar 10 minit
3. Dah masak, matikan suis dan toskan keledek tu
4. Lihat gambar, keledek dah siap terkopek sendiri. Tinggal kita makan je 🤩🤩

Mudah dan cepat sangat. Jangan lupa letak garam sikit agar rasa keledek tu lemak manis.

Mudah kan? 

Lagipun keledek ni antara makanan terbaik pengganti nasi dan dalam masa sama dapat kenyang dan sihat. Insya Allah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close