Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berjaya Simpan Emas 100 Gram Dalam Tempoh 6 Bulan

Berjaya Simpan Emas 100 Gram Dalam Tempoh 6 Bulan. Sekarang ni ramai diperkatakan orang adalah tentang naiknya harga emas pada tahap tertingginya berbanding 6 bulan lepas. Ya betul tu, 6 bulan lepas saya beli emas pada harga RM224 segram. Kini, orang jual paling tinggi pun sampai RM276 segram. Naik banyak kan? Kalau 6 bulan lepas korang beli emas 50 gram, kini nilai emas anda berharga RM13,800.

Kita beli emas tak semestinya nak kena tunjuk dan pakai semuanya. Boleh je tukar-tukar pakai sambil dalam masa sama kita melabur untuk masa depan. Namun belilah emas ikut kemampuan dan bajet kewangan anda! Okay ✌

Berjaya Simpan Emas 100 Gram Dalam Tempoh 6 Bulan


Berjaya Simpan Emas 100 Gram Dalam Tempoh 6 Bulan


Memang itu cita-cita saya nak simpan emas sebagai pelaburan. Emas adalah simpanan yang dapat digunakan ketika kita memerlukan CASH jika waktu terdesak. Dengan simpanan emas juga dapat mengelakkan kita daripada berbelanja boros tak mengira masa. Insya Allah, dengan menyimpan emas dapat menjauhkan kita daripada jatuh muflis dan gejala hutang.

Jadi, bagaimana nak beli emas sikit-sikit supaya dapat menyimpan emas dalam jumlah gram tertentu hingga menjadi kilogram? 

Sebuah keluarga muslim dan demi mengukuhkan ekonomi orang islam, setiap keluarga paling tidak kena memiliki 1 kilogram @ 1000 gram simpanan emas. Barulah musuh islam takut dengan kekuatan kita. Semoga kita semua berjaya di satu masa nanti, insya Allah.

Berbalik kepada topik di atas, bagaimana agaknya kita nak simpan emas sedikit-sedikit hingga lama-lama jadi bukit.

Berjaya Simpan Emas 100 Gram Dalam Tempoh 6 Bulan
Cincin dan gelang tangan yang di beli
ketika dapat bonus PKP 1.0, duit yang tak
digunakan tu, saya labur dengan beli
emas.


1. Asingkan wang gaji setiap bulan dengan 1/4 daripadanya. Contoh: kalau gaji sebulan RM4,000, ketepikan RM1,000 untuk beli emas. Anggaran dapat beli 3 gram emas, mengikut harga semasa.

2. Kalau tidak mampu nombor 1 di atas, ketepikan RM250 @ nilai segram emas. Simpan dulu, sampai cukup untuk beli 10 gram emas atau sebagainya, tergantung perancangan kita sendiri. Nak buat ni semua kena displin.

3. Main undi emas. Contohnya kita bergabung dengan kawan-kawan dalam 10 orang, dan RM100 sebulan sumbangan membolehkan kita beli emas dengan nilai RM1,000 tu. Tapi cara ni agak lambat.. 

Berbalik kepada saya pula, dengan izin Allah dan keazaman yang kuat, saya mampu simpan emas 100 gram dalam masa 6 bulan. 

Dengan duit moratorium 6 bulan, anggaran RM3,000 (komitmen hutang yang ditangguh) X 6 bulan, dapat RM18,000 tu.. itu yang kita sangkutkan dekat emas. Ada cincin, gelang tangan dan rantai emas yang sempat di beli. Oleh kerana ketika MCO 1.0 tu gaji dapat penuh, kemudian ada bonus 3 bulan gaji, maka ketika itulah saya simpan emas sikit-sikit hingga jadi jumlahnya lebih 100 gram. 

Jika dinilai pada harga emas sekarang iaitu RM276 per gram, anggaran simpanan emas saya telah bernilai RM27,600. Insya Allah, lepas untuk kos tambahan hantar anak belajar bidang yang diminatinya.

Itulah tujuan sebenar saya simpan emas supaya dapat membantu kos kehidupan masa akan datang jika keadaan wang tunai kita tidak mencukupi.

Simpan emas tidak membazir ya kekawan! Ia adalah satu motivasi untuk terus berjuang dan beribadah (bekerja) kuat demi mengubah nasib ekonomi keluarga & umat islam keseluruhannya.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh..kita sempat beli 2gram je kot. Pastu tak sempat dah hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close