Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa

Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa. Memang tak jemu dengan nasi goreng, terutama yang tak ada campur segala sayuran. Maksudnya, nasi goreng kosong.. kegemaran anak bujang bongsu kami. Senang cerita nasi goreng cina, mana ada sayur. Haha.. jadi saya ganti sayur tu dengan udang atau ayam. Tapi buat pedas-pedas. Baru ngam.. lagi satu kalau nak buat nasi goreng kat si dia ni tak boleh letak belacan. Dia kata, "pelik la rasa dia.." , akhirnya tak di makan. So, no belacan in the fried rice 😅😅

Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa

Yang warna hijau tu bukan sayur 😄 tapi cili padi yang saya ketuk-ketuk biar nampak cantik sikit nasi goreng tu.. 

Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa


Hidangan menu berbuka puasa hari pertama adalah nasi goreng udang harimau nama dia! Sebab udang lain tak ada, kita letak udang harimau gedabak tu.. (sebab beli saiz besar-besar). Ini cerita berbuka semalam punya yer 🤭

Bahan-bahan:

15 ekor udang harimau - buang semua kulit
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
15 tangkai cili padi - tumbuk
3 ulas bawang kecil - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu kecil ikan bilis - tumbuk
Garam secukupnya
Timun & cili sos sebagai hiasan
Secukup rasa Maggi


Cara penyediaan;


1. Tumis semua bahan tumbuk sampai naik bau @ garing

2. Masukkan udang harimau, biar masak seketika

3. Masukkan telur dan kacau semua bahan dalam kuali tu

4. Masukkan garam dan serbuk secukup rasa Maggi

5. Masukkan nasi dan gaul rata. Bila nampak nasi goreng dah agak kering, angkat dan hidangkan.

Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa

Nasi Goreng Udang Hidangan Berbuka Puasa

Mudah dan cepat. Semua orang pun suka sebab perut dah lapar. Hehe.. masa hidang boleh potongkan timun dan tambah sos sebagai penambah selera.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments