Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Tawaran Tunai Haji Tahun 2022 Bersamaan 1443 Hijrah

Tawaran Tunai Haji Tahun 2022 Bersamaan 1443 Hijrah. Tabung Haji mengumumkan bahawa tawaran mengerjakan haji tahun 2022 akan dikeluarkam mulai 25 April 2022. 

Untuk makluman, tawaran haji diberikan mengikut tarikh pendaftaran haji yang dilakukan. Sekiranya ingin menunaikan haji lebih awal dari tahun pilihan adalah disarankan untuk membuat rayuan haji bergantung kepada kekosongan. 

Dalam perkembangan sama, bercakap mengenai ujian RT-PCR yang perlu dijalankan bakal jemaah, ujian tersebut perlu dibuat 72 jam sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

“Sekiranya bakal jemaah disahkan positif, kuota mereka akan digantikan dengan jemaah lain yang berada dalam giliran selepas angka 14,306,” -KOSMO! ONLINE

Semakan Tawaran Mengerjakan Haji Tahun 2022 Bersamaan 1443 Hijrah


Sebarang semakan tawaran boleh disemak di website THiJARI.

TH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada 2021 dan seterusnya tahun ini.

Semakan Tawaran Haji Tahun 2022 Bersamaan 1443 Hijrah


Bakal jemaah diberi tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk menjawab surat tawaran Tunai Haji bagi musim 2022 yang akan dikeluarkan Isnin nanti, 25 April 2022.

Difahamkan, penerbangan bagi kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijadual berlepas pada 31 Mei ini, selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan.


Kos Tambang Haji



Kos Bayaran Haji Setiap Jemaah Bagi Musim Haji 1443H/2022M ;-


⛔ RM10,980 bagi jemaah haji kumpulan B40
⛔ RM12,980 bagi jemaah haji kumpulan bukan B40


Rayuan Haji


Bagi rayuan haji pula, ia boleh dilakukan melalui platform dalam talian THiJARI yang sudahpun dibuka dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

TH kini sedang giat membuat persiapan terakhir untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19.

Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. 

Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini

Untuk sebarang pertanyaa, sila hubungi (THCC) di talian +603-6207 1919

Maklumat Kursus Asas Haji


Boleh layari website Tabung Haji di sini

Pendaftaran Haji


Pendaftaran haji boleh dilakukan di mana-mana saluran yang berikut: 
 
- Kaunter TH 
- THiJARI 
- Rakan Strategik TH 
- THCC (03-6207 1919)

#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments