Lifestyle Resepi Info Terbaik

BBQ Beef Yang Unik Rasanya

Baca : GAMBAR LOKASI ....
BBQ Beef Yang Unik Rasanya. Semalam adalah hari-hari terakhir bonding time dengan anak bujang sulung yang akan terbang semula ke Egypt bagi menyambung pengajian ke tahun ke 4 nya. Ada banyak benda nak di buat, tukar duit USD, beli ubatan dan supplement, cari baju dan seluar.. semua last minute. Biasa la, budak lelaki. Malam ni (26/11/2022) flight pukul 1.00 pagi. 

Sambil jalan-jalan, kita pun sambil cari makan. Ada satu restoran ni macam ramai orang. Kami pun masuk dan terus order. Macam-macam yang di order. Antaranya - 

1. Chickeen sweet basil
2. BBQ beef 
3. Fried enoki mushroom
4. Tonyam seafood
5. Red bean with rose
6. Yam sagoo

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Main course kami adalah BBQ beef. Masya Allah, saiz banyak, daging pun penuh dan kita sirami dengan sos istimewa dia. Hmm.. sedapnya!

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Kemudian kita ada fried chicken with basil. Rasa ayam goreng dia macam ada maggi seasoning, ada macam rasa minyak bijan. Memang sedap dan rare rasa menu ayam ni. Korang boleh cuba.. 

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Tomyam seafood, tomyam dengan rasa kuahnya yang masam manis dan harum. Isi tomyam ni ada sotong, ada udang besar 3 ketul, cendawan enoki, dan isi ayam.

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Our dessert adalah red bean with rose dan yam sago. Yam dengan biji sago ni kegemaran bujang bongsu kami. Dia tak ada, jadi bila makan tu terus teringat kat dia.

Red bean with rose pun amatlah sedap. Segar dan manisnya sesedap rasa. Red bean dia amat lembut, senang dikunyah.

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Untuk semua menu yang kita order termasuk air dan nasi untuk 4 orang.. dan tax, kita hanya bayar RM81.50. Lepas tu portion menu dia banyak dan saiz besar. Memang berbaloi kawan-kawan.. nak cuba boleh try family set 4 pax pada harga serendah RM49.05. Air order berlainan.. 

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

BBQ Beef Yang Unik Rasanya di Johnny's Restaurant

Dari gambar-gambar di atas.. korang boleh nampak sendiri menu yang kita order. Fried Enoki mushroom first time makan pun dah jatuh cinta. Lain kali nak cuba buat sendiri. Hehe..

Kat mana kita makan ni? Oh.. kat Johnny's Restaurant. Ada delivery jugak. 

Semoga korang pun dapat rezeki makan sedap dan murah macam saya. Insya Allah...

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close