Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan. Ucapan tahniah lambang kebahagiaan kepada pasangan pengantin baru adalah salah satu cara terbaik untuk menzahirkan kegembiraan bersama. Ucapan tahniah berserta doa tulus kadang adalah hadiah terbaik jika kita gagal menghadirkan diri pada majlis istimewa sahabat dan taulan tersebut.

Ucapan perkahwinan boleh saja dilayangkan melalui FB, Whatsapp, email dan sebagainya. Tak susah pun.. ya dak?

Antara ucapan perkahwinan paling popular sewaktu mengetahui rakan taulan selamat bernikah adalah seperti berikut:

"Selamat pengantin baru sahabatku. Semoga kekal hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yang comel, soleh dan solehah."

 

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan


1. Selamat Pengantin Baru Buat Pasangan Mempelai. Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohmah.

2. Selamat berbahagia adikku. Walau kakakmu tak dapat menghadirkan diri pada majlis bersejarah ini, dari jauh kami tetap dekat dihati. Hanya doa mendekatkan kita.

3. Sorry for being late but i guess better late than never. Congratulations on your wedding!

4. Tahniah buat Raja Sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami soleh dan isteri solehah yang bakal dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga. Semoga rumahtangga kalian diberkati.

5. Pernikahan adalah dunia baru dalam kehidupan. Awal dari kebahagiaan dan hidup bersama. Selamat menempuhi alam baru, sahabatku. Happy wedding to a wonderful couple. May love always all around you forever!

6. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan diberikan kebaikan dalam kehidupan. Selamat pengantin baru.

7. Heartfelt wishes on your marriage. May you as rich in life as you rich in love.

8. Happy wedding! I have always had this feeling that you were meant for each other. Congratulations, and i hope you remain this happy for the rest of your life.

9. Barakallah! Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah, warohmah. Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan 

10. Akhir sekali, saya kongsikan pantun pengantin baru yang saya siarkan semula dari blog Zurinah Hassan, semoga bermanfaat.

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami

Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Terima kasih kerana membaca Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan di atas. Anda boleh kongsikan dan sampaikan kepada rakan anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Doakan pasangan pengantin dengan doa yang baik-baik dan kehidupan baru mereka diserikan dengan gurauan berkasih dan saling menghormati.

Bahagia selamanya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. I am in fact grateful to the owner of this site who has shared this impressive post at at this time.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close