Lifestyle Resepi Info Terbaik

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut

Baca : GAMBAR LOKASI ....

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut. Puteri ayu adalah sejenis kuih tradisi yang masih ramai peminatnya hingga kini. Di JB ni kalau nak mudah jumpa puteri ayu adalah pada bulan ramadhan. Memang akan timbul macam-macam kuih warna warnj yang kita jarang jumpa. Kalau ada chance terjumpa kuih pelik-pelik , belilah. Sebab nak jumpa di lain kesempatan memang susah. Dalam posting kali ini saya akan share kan resepi kuih puteri ayu. Kuih macam sejenis apam yang di buat dalam acuan yang unik.

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut


Bahan-bahan:

4 biji telur
250 gm tepung gandum
200 gm gula
200 ml santan kotak kecik kara atau mns
1sb ovalatte
2 sk pandan coconut pasted
1 sk baking powder
pewarna hijau
kelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan 2 sudu besar tepung ubi

Cara Penyediaan kuih puteri ayu


1. Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte, pasted pandan pewarna hingga kembang dan gebu. (kalau nak buat perisa lain atau colour lain masa ni mix plain je ye)

2 Masukkan santan, paste pandan, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.

3. Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.
Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit api besar. kalau nak buat colour lain bahagikan adunan ok

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut

Resepi Kuih Puteri Ayu Yang Sedap Dan Lembut


Tips tambahan;

1. Selain daripada tepung gandum dan tepung jagung, boleh juga digantikan dengan tepung kek.

2. Ikatkan penutup kukus dengan kain supaya air kukusan serap pada kain dan tidak terkena kuih.

Selamat mencuba!

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close