Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum

Resepi kali ni ringkas je, iaitu cara buat sambal kicap yang pedas dan yang popular di Johor tu. Kan orang kata, orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap! Haha.. dah itu yang buat gorengan jadi sedap, nak buat macam mana. Itulah namanya kreativiti dalam makanan.

Resepi Sambal Kicap Yang Pedas Tapi Sedap Dan Harum ada di bawah, dikongsikan untuk kita semua dapat merasainya. Bila tak habis sambal kicap tu, boleh simpan dalam peti ais. Nak guna baru keluarkan. 

Cara Buat Sambal Kicap Pedas, Harum Dan Lemak Manis

Cara Buat Sambal Kicap Yang Sedap Harum


Bahan-bahan:

1 cawan kicap manis Jalen
1 sudu besar jus sunquick
40 biji cili padi
1 sudu besar bawang goreng
2 ulas bawang putih
Sedikit garam dan serbuk perisa
Gula, jika kurang manis

Cara membuatnya;

1. Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam blender dan kisar hingga lumat.

2. Siap untuk dimakan dengan tauhu goreng, pisang goreng atau tempe goreng.

Selamat mencuba ya.

Nota:

1. Masukkan 5 tangkai batang cili padi dan kisar sekali supaya rasa pedas tak la pijar di lidah. (ini petua orang tua-tua..)

Resepi sambal kicap ada banyak cara membuatnya, yang saya kongsikan ni adalah salah satu caranya. Jika nak cuba resepi sambal kicap yang lain, boleh klik pada pautan di bawah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close