Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hiduplah Baik Baik, Bukan Sekadar Bernafas

Hiduplah Baik Baik, Bukan Sekadar Bernafas. Hidup ibarat putaran roda, sesekali di atas dan ada kala lama juga di bawah. Itulah kehidupan. Nak menangis, nak ketawa.. buatlah usah ditahan-tahan. Hidup kita adalah pilihan kita. Orang kata nak berjaya kena ada keberanian. Berani bangkit kembali setelah jatuh dan dijatuhkan. Hati pun kena kuat, kena kering. 

Namun di sebalik semua itu.. hiduplah baik-baik, bukan sekadar bernafas. Hidup kena ada nilainya. Bukan sembrono. Jika kau nak nilai nya seharga emas berlian, maka ciptalah usaha dengan gigih perkasa hingga tercapai nilai yang kau mahukan.

Hiduplah Baik Baik, Bukan Sekadar Bernafas

Janganlah kerana mahukan emas permata, kamu berdiri hanya kerana terpaksa. Bukan kerana nak kejar kemashyuran dunia, kau pijak segala yang menghalang jejak dan jasa.

Pilihlah dengan hati nurani bukan hati mati.

Pilihlah dengan ilmu bijak bukan nya dengan ego dan lagak.


Pilihlah dengan lembut dan hikmah bukan dengan sifat amarah.

Pilihlah jalan hidup dengan baik, hidup baik-baik. 

Bukan sekadar bernafas.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close