Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Acar Buah @ Acar Tahun Langkah Demi Langkah

Cara Buat Acar Buah @ Acar Tahun Langkah Demi Langkah. Saya kongsikan resepi buat acar tahun yang lengkap dan tahan lama. Acar buah boleh jadi tahan setahun jika tidak bercampur dengan air. Itu petuanya. Bila nak makan baru keluarkan dari peti ais. Simpan dalam tu memang tahan lama. Tapi biasa lah, acar tahun agak mahal kos bahan mentah dia. Dan, nak buatnya kena banyak bersabar. Berjam-jam tunggu taw.. 

Cara Buat Acar Buah @ Acar Tahun Langkah Demi Langkah

Cara Buat Acar Buah @ Acar Tahun Langkah Demi Langkah

Resepi acar buah @ Acar Tahun


Bahan A

1.5 cawan minyak untuk menumis
5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu besar biji sawi
halia sebesar ibu jari (ditumbuk)

Bahan B

(rempah tumis, campur semua sekali)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar penuh serbuk cili
1/3 sudu besar halba sahaja
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu nesar jintan putih biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1/2 sudu besar jintan manis biji
*goreng kering @sangai dan tumbuk
1 sudu besar rempah biji
*goreng kering @sangai dn tumbuk

Bahan C

3/4 botol cuka makan
1/2 kilo gula putih @ 3/4 kilo gula merah
garam

Bahan D

1/2 kilo buah2 jeruk campur
3 biji limau jeruk
prune tanpa biji
buah kurma sekotak
1 cawan cili padi (lebih byk lbh sedap)
15 ulas bawang merah (belah dua)
15 ulas bawang putih (belah dua)
1 cawan kismis
halia sebesar 1/2 tapak tangan

Bahan E (untuk tabur)

3 sudu besar bijan (sangai)
2 sudu bessr biji sawi (sangai)

Cara-cara penyediaan acar buah langkah demi langkah:


1)Panaskan minyak
2)Tumiskan bahan A sehingga garing
3)Masukkan bahan B, kacau jangan biar hangit dan terus masukkan bahan C
4)Biarkan sampai mendidih dn sedikit kering (berbuih-buih air gula)
5)Masukkan bahan D dan akhir sekali bahan e dan digaul sedikit supaya bercampur (Jangan dikacau terlalu lama kerana buah akan hancur)
6) Bila mendidih terus padamkn api (Jangan masak terlalu lama kerana buah akan kecut)
*Pastikan tiada air digunakan. air dari buah2an akan sendiri nya keluar sebagai kuah)

Boleh bertahan 1 tahun jika dimasak dengan betul dan tidak bercampur dengan air

Selamat mencuba pada yang inginkn resepi acar buah sedapppp ini😎

Kredit: RH Niesya

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close