Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Doa Penunduk Hati Ayat Ke 18 Surah Al Baqarah

Doa Penunduk Hati, Ayat Ke 18 Surah Al Baqarah. Al quran adalah penawar. Di dalam nya terdapat 1001 macam panduan dalam menghadapi masalah hidup. Jika menghadapi kesulitan membuat keputusan, carilah penyelesaian di dalamnya.

Bacalah al Quran tak mengira masa dan tidak berkira-kira. Al Quran akan menjadi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Peneman dan menerangkan tempat tinggal kita di alam barzakh nanti.

Di dalam al Quran terdapat satu ayat, yang jika diamalkan dapat dijadikan pendinding atau pelindung bila berhadapan dengan orang yang zalim, bos yang garang, hadir temuduga dan banyak lagi.


Surah al Baqarah Ayat ke 18, Doa Penunduk Hati


صُمٌّ ۢ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُوْن٨



Dalam rumi: 

Summum bukmun 'umyun fahum lā yarji'ụn (QS Al-Baqarah:18)

Ertinya: (Mereka) tuli, bisu, lagi buta, sehingga mereka tidak dapat kembali. (QS Al-Baqarah:18)


Cara Amalan:



Dibaca sekadar dalam hati sahaja. Dibaca ketika berhadapan dengan orang zalim, boss yang garang dan sebagainya.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments