Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram, Resepi Disertakan

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram. Nak resepi tauhu jepun sos tiram, ada di bawah sekali. Hari ini kami tak buka dapur sendiri sebaliknya kita tumpang dapur orang lain. Tunjuk, pilih, makan dan bayar. Memang mudah kan? Tetapi poket pun kena on point! Hehe.. siakap goreng garing cicah sambal kicap. Memang sedap! Siakap goreng pulak rangup di luar tetapi isi dia lembut di dalam. Pilih yang saiz besar sikit, cukup lah untuk makan bertiga.

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram

Menu makan tengahari yang lain adalah ayam goreng, sayur lemak labu, dan tauhu jepun masak sos tiram. Makan pun tak pandang kiri kanan.

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram

Tauhu jepun masak sos tiram, sedap dan segar rasanya. Ada macam rasa kuah kailan pun ya.. tapi yang penting semuanya sedap-sedap belaka.

Makan Tengahari Menu Siakap Goreng Cicah Sambal Kicap Dan Tauhu Jepun Sos Tiram

Kalau nak cuba masak tahu jepun sos tiram, boleh cuba resepi di bawah ini;

Tauhu Jepun Masak Sos Tiram


Bahan-Bahan:

2 bungkus tauhu telur
1/2 brokoli
1/2 batang lobak merah
1 beg kecil cendawan tiram
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
1/2 kiub ikan bilis
Sedikit tepung jagung 
Semangkuk air

Cara-caranya;

1. Potong dan sediakan sayur-sayuran yang akan digoreng bersama tauhu telur nanti

2. Potong tauhu telur jangan terlalu nipis sangat. Hati-hati, tauhu telur ini mudah hancur. Selepas potong, salutkan tauhu telurdengan tepung jagung terlebih dahulu sebelum digoreng supaya tidak hancur. Bila nak salut tepung ini kena hati-hati supaya tidak hancur

3. Panaskan minyak dan goreng tauhu telur sehingga berubah warna perang kekuningan (pastikan minyak betul-betul panas). Jangan goreng terlalu lama. Angkat dan ketepikan.

4. Gunakan sedikit lebihan minyak goreng tauhu telur tadi, tumis bawang merah dan bawang putih.

5. Masukkan lobak merah, tumis sehingga bawang berubah warna

6. Masukkan 3 sudu sos tiram.

7. Tambahkan semangkuk air

8. Masukkan 1/2 kiub ikan bilis, sedikit gram dan gula (jika perlu) secukup rasa. Pandai-pandai perasakan mengikut citarasa sendiri.

9. Masukkan brokoli dan gaul sampai sebati

10. Masukkan cendawan tiram

11. Bila sayur dah masak elok, terus masukkan tauhu telur yang telah digoreng tadi

Nota:

Jangan masak terlalu lama, kilas sekali dua dah boleh ditup api. Sayur yang tidak di masak terlalu layu bagus untuk khasiatnya sayuran  tersebut. Dah siap untuk dihidang.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close