Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Beli Sos Tiram Berdasarkan Jenis Masakan

Nak memasak menggunakan sos ada cara-caranya. Dan, setiap sos ada kegunaan yang sesuai dengan cara masakan anda. Setiap jenis sos tiram adalah berbeza antara satu sama lain. 
Dan, sos tiram apa yang paling best dan sedap?

Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis. Sila lihat panduan di bawah cara dan tips untuk membeli sos tiram.

Tips Beli Sos Tiram Berdasarkan Jenis Masakan

Tips Beli Sos Tiram Berdasarkan Jenis Masakan


1.   Sos Tiram
-  Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil Sos Tiram
-  Rasa tiram yang sebenar
-  Jenama Panda Lee Kum Kee

2.  Sos Perisa Tiram
- Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab tu tak boleh dipanggil Sos Tiram, hanya berperisa tiram sahaja. 
-  Rasa tiram yang ‘mild’
-  Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me

3.  Sos Tiram Premium
-  Kandungan ekstrak tiram 40%
-  Rasa tiram yang sangat padu
-  Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)

4.   Sos Tiram Tiruan Sayuran
-  Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja. 
-  Sebab tu sesuai untuk Vegetarian
-  Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me

5.  Sos Berperisa Tiram Ekonomi
-  Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja. 
-  Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg. 
-  Jenama Puteri, Emos, HTH

Haaa….dah tahu sekarang nak beli Sos Tiram yang mana ?

Dah kandungannya berbeza, tentu lah harga juga berbeza. Ikut lah citarasa,  budget dan tujuan masakan masing-masing

Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL Sos Tiram ni kan. 

Nasihat saya, terlanjur dah baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal dia ya. Rajinkan sikit membaca tu,  jangan main ambil jer. 

Company besar-besar ni, bukan setakat ada sijil HALAL, malah ada HACCP dan ISO lagi.  

Guna lah tanpa was-was walau pun ada tulisan cina kerana ini pasaran mereka. 

Sumber : Chef Amar

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close