Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

5 Tanda Kesengsaraan Dalam Hidup

5 Tanda Kesengsaraan Dalam Hidup. Siapa pun tak mahu sengsara dalam hidup, dengar perkataan sengsara pun rasa macam luruh jantung ni, ini kan pula bila kita hidup diseliputi sengsara! Mohon Allah jauhkan kita semua dari terjerumus dalam kesengsaraan dunia. Jika kita rasa tak tenang, selalu gundah tak tentu hala... apakah itu petanda kesengsaraan?

5 Tanda Kesengsaraan Dalam Hidup

5 Tanda Kesengsaraan


Kesengsaraan adalah satu penderitaan dalaman yang sukar dilafazkan. Hanya yang mengalaminya tahu rasa derita dan sengsara tersebut. Senang kata, hati tak tenang. Risau dan pilu yang tak ada ubatnya.. jom renungkan perkongsian di bawah.

1. Kerasnya hati


Hati yang ego dan enggan mengakui kekuasaan Allah. Kerana kerasnya hati tidak mahu berzikir mengingati Allah, malas membaca al Quran dan sering bergaul dengan orang yang lalai. Kerana kerasnya hati yang tidak mahu bertaubat, hiduplah jiwa mereka dalam kesengsaraan.


2. Mata yang tidak pernah menangis (kerana takutkan Allah)


Orang yang banyak ketawa akan hilang karismanya. Syekh Imam Nawawi mengutip pesanan yang disampaikan Umar bin Khattab yang berbunyi: “Siapa yang banyak tertawa, maka akan berkurang kewibaannya.” Dengan demikian, orang-orang tidak akan rasa malu pada orang yang banyak tertawa dan tidak pula memuliakannya. Mereka menggunakan mata untuk berseronok dan melihat perkara yang melalaikan.
 

3. Sedikitnya rasa malu


Kesengsaraan bermula bila sedikitnya rasa malu sebaliknya rasa bangga melakukan perkara yang di larang oleh Allah, malahan menghebahkan aib sendiri secara terang-terangan.Sahabat agung Rasulullah SAW, Umar al-Khattab ada mengungkapkan: "Barang siapa yang sedikit rasa malunya, waraknya pasti sedikit. Barang siapa yang sedikit waraknya, bererti hatinya telah mati."

Pada zaman Nabi SAW dahulu, para sahabat Baginda SAW amat menyanjung tinggi peribadi individu yang bersifat malu.

4. Panjang angan-angan


Seseorang yang panjang angan-angannya menginginkan sesuatu yang mustahil digapai. Mereka menghabiskan masa mengejar yang tak pasti sehingga melupakan hak sebagai hamba di atas muka bumi ini.

Allah dan Rasul-Nya mencela sifat panjang angan-angan. Di dalam al-Qur’an al-Karim, Allah ta’ala berfirman:

وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Janganlah kalian seperti orang-orang yang telah diberikan kitab (Ahlul Kitab) sebelumnya, panjang angan-angan mereka sehingga rosak hati mereka. Dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (QS. al-Hadid: 16)


5. Cinta pada dunia


Sifat kasih serta cinta kepada dunia boleh melemahkan jiwa dan fizikal serta mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan. 

Mereka juga terancam di akhirat seperti firman Allah SWT yang bermaksud: "Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan. Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan." (Surah Hud, ayat 15-16)


Cinta dunia tercampak ke lembah sengsara, kasihkan dunia menjadi hamba harta. Jadikan dunia ladang akhiratmu, barulah syurga membuka pintu menjemputmu.

Insya Allah.
Wallahu'alam.

Anda boleh share entri ini , saya izinkan. Semoga kita semua dalam perlindungan Allah SWT..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close