Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan. Minggu ini saya dapat buah jagung yang agak banyak jumlahnya dari mak mertua. Memang niatnya beli satu guni untuk diberikan kepada jiran dan menantu. Jagungnya bersaiz besar dan panjang-panjang. Makan sebiji pun dah puashati. Sebahagian jagung yang saya dapat, saya berikan kepada rakan-rakan sekerja. Jagung yang ada, saya rebus dan makan begitu saja. Ternyata, setelah makan jagung, keesokan harinya perut saya begitu lawas dan dapat membuang air besar dengan mudah. Jadi, apakah ia ada kaitan dengan jagung yang dimakan?

Jagung kuning manis boleh dimasak dengan cara merebus, mengukus, membakar atau dimasukkan ke dalam bubur sebagai bahan tambahan menyedapkan lagi bubur tersebut.

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan


1. Mencegah Nyanyuk


Tahukah anda jagung berupaya untuk mencegah daripada mengalami masalah nyanyuk dan mampu menguatkan daya ingatan?

Jagung mempunyai vitamin B yang mampu meningkatkan ingatan dan mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit alzheimer.

2. Kaya dengan antioksida


Bagi wanita, pemakanan jagung amat digalakkan. Ini kerana jagung kaya dengan antioksida yang mampu menghalang radikal bebas daripada menyerang organ tubuh. Di samping antioksida turut akan melambatkan terjadinya proses penuaan.

3. Mengurangkan risiko buasir


Jagung turut mengandungi kandungan serat yang tinggi. Ia dapat membantu daripada mengalami masalah pencernaan dan membantu mencegah sembelit atau buasir.

4. Melindungi jantung


Khasiat Buah Jagung Untuk Kesihatan

Minyak jagung mempunyai kesan anti-aterogenik yang mampu mengawal kolesterol. Dengan itu ia mampu mengawal atau mengurangi risiko penyakit jantung. Minyak jagung sangat bagus dalam meningkatkan kesihatan jantung di samping ia membantu menstabilkan degupan jantung agar ia sentiasa berdegup normal.

5. Memelihara Mata


Jagung yang berwarna kuning sangat kaya dengan vitamin. Warna kuning pada jagung ini mempunyai beta keroten untuk membentuk vitamin A dalam tubuh. Ini sangat penting bagi memelihara kesihatan mata, kulit serta lendir membran bahagian mata.

6. Menjaga kesihatan buah pinggang


Jagung mengandungi mineral penting untuk badan seperti fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga. Kesemua mineral ini penting untuk melancarkan pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang.
Oleh yang demikian, ternyata buah jagung ada banyak khasiatnya kepada kesihatan tubuh dan ianya juga sejenis buah yang mudah di masak dan senang dimakan.

Semoga buah jagung dapat dijadikan makanan ringan untuk anak-anak dan sesuai dengan tumbesaran mereka.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close