

Inilah juada berbuka puasa kami semalam iaitu roti jala, nasi kukus ayam berempah, karipap .. dan semua tu set untuk dua orang, dengan kos RM14.00 je. Ni yang saya beli lah..
Kalau En suami biasanya bawa balik nasi beriani atau nasi berlauk dan air. So, untuk dua orang ahli saja dalam rumah kos harian berbuka puasa di bawah RM30.00. Ada hari- hari tertentu kami akan masak sendiri dengan menu simple sahaja..


Roti jala dengan kuah kari memang sedap! Sepatutnya boleh je buat sendiri tetapi memikirkan kena buat kari pulak.. datang penyakit malas yang tetiba muncul.. haha
Nasi kukus datang dengan set ulaman, ayam berempah dan kuah sup. Alhamdulillah.. kenyang sudah!
Ingat ya, usah membazir di bulan ramadhan kerana sepatutnya kita perbanyak amal dan bersederhana dalam apa jua hal.
Salam ramadhan ..

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.