Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Keputusan SPM 2023 Di Umum 27 Mei Ini

Keputusan SPM 2023. Keputusan SPM 2023 Di Umum 27 Mei Ini, iaitu 27 Mei 2024. Keputusan boleh di semak di sekolah masing-masing atau melalui applikasi online.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan
pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Keputusan SPM 2023 Di Umum 27 Mei Ini

Selanjutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024 (Isnin). Seramai 395,870 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2023 di 3,340 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur. Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 mulai pukul 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan  ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip ;

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 


Nota:

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada  27 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 02 Jun 2024.


KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan yang dikeluarkan. 

Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close