Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Keputusan SPM 2024 Di Umum 24 April 2025

Keputusan SPM 2024 Di Umum 24 April 2025. Keputusan boleh di semak di sekolah masing-masing atau melalui applikasi online.

Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan
pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Selanjutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis). Seramai 402,596 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Keputusan SPM 2024 Di Umum 24 April 2025

Pihak sekolah hendaklah memastikan urusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur. Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:

i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10:00 pagi pada 24 April 2025 dan sehingga pukul 6:00 petang pada 30 April 2025; dan/atau

ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan  ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip ;

SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 


Nota:

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10:00 pagi pada  24 Mei 2024 sehingga pukul 6:00 petang pada 30 April 2025.


KPM mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keputusan yang dikeluarkan. Tentu ramai ibu bapa yang berdebar menunggu keputusan SPM anak-anak. Semoga anak-anak soleh kita semua memperoleh kecemerlangan demi manfaat kepada semua di masa akan datang.

Tambahan:

1. SPM 2024 - seramai 14,179 pelajar memperoleh semua A
2. MRSM mencatat keputusan luar biasa apabila 31 maktabnya mencatat Gred Purata Maktab (GPM) di bawah 2.0.


Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close