Lunch Daging Salai Lemak Cili Api. Ini throwback cuti Hari Buruh yang lepas.. Maka kita pun cuti memasak lah, nak berehat sepuasnya. Jadi kita makan tengahari di luar, cari makan menu yang jarang kita jumpa. Jalan punya jalan, terjumpa restoran yang ada menu daging salai. Apa lagi, ke situ lah langkah kita.

Daging salai lemak cili api antara masakan kegemaran, yang biasanya kami akan cari di luar sebab saya kurang pandai masak menu berasaskan daging. Jadi, di mana ada menu tersebut di sesebuah restoran, kami akan order dan menikmatinya.. hehe


Hidangan yang enak dan menepati citarasa. Pedas cili api sesedap rasa, dan lembut di lidah pulak daging salainya. Memang saya makan sorang la sebab portion nya pun comel saja.



Antara menu yang kami order adalah:
- daging salai lemak cili api
- mee kari ayam
- briyani ayam
- dan minuman


Mee kari ayam pun sedap dan segar terasa bahan-bahannya seperti tauhu dan taugenya. Memang sedap! Menu mee kari permintaan si bujang ku..


Air teh ais cincau pun menyegarkan dan padu. Memang pekat la air tehnya berbanding apa yang pernah makan di restoran lain sebelum ini.
Bagi kami hidangan dan menu yang kami pilih masih berada pada harga yang bepatutan cuma saiz hidangan semakin kecil. Sedarlah kita sekarang ini hidup semakin keras, harga barang semuanya naik. Bersyukurlah jika kita masih dapat menikmati rezeki yang Allah bagi dalam keadaan tenang dan harmoni.
Okay, bye!

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.