Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan

Sahabat, mudah disebut tetapi sukar dicari dan ditemui. Pada mulanya berkawan dan kemudian jadi sahabat bila dah lama kenl hati budi. Nak membina persahabatan bukan makan masa sehari dua sebaliknya mungkin memakan bertahun-tahun lamanya. Lihat sahaja contoh sahabat Rasulullah. Bagaimana ciri-ciri mereka? Sukar sebenarnya untuk menjadikan seseorang itu sahabat kita. Perlu jerit payah tawa dan tangis sebelum lulus ujian untuk menjadi sahabat. 

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan


Sahabat itu tidak satu darah, tidak satu rumah, tidak satu arah, tapi seperti saudara, pembela, dan pemberi arah.

Hal yang hebat tentang sahabat sejati ialah mereka membawa semangat baru ke dalam jiwa kita.

Syarat persahabatan adalah memaafkan kesalahan, mudah dalam pergaulan, dan membantu dalam kesulitan.

Sahabat bukanlah tentang siapa yang kita kenal paling lama. Tetapi tentang ia yang datang ke kehidupan kita dan berkata, 'aku ada di sini untukmu', lalu membuktikannya.

Sahabat tidak perlu berdrama untuk memancing simpatimu, kerana mereka selalu ada untuk memahami masalahmu dan tidak meninggalkanmu jika kamu perlukan bahu untuk bersandar.

Nikmati waktu di mana kamu memiliki sahabat yang baik kerana tatkala dia hilang, ia tidak akan terganti.

Semoga kita semua memiliki sahabat yang bererti di kala susah dan senang dan tidak berpaling jika kamu dilanda musibah.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close