Sarapan Jemput-Jemput Ikan Bilis. Dah lama tak buat jemput-jemput, maka pagi ni sempat buat jemput-jemput ikan bilis sebelum pergi kerja. Memang mudah je nak buat, yang penting adalah rajin. Dan disebabkan ada sebekas mee kari malam tadi tak habjs, kita panaskan dan buat breakfast sekali. 2 in 1 la ni..





Jemput-jemput atau cucur ikan bilis nak sedap makan waktu panas. Ranguplah ikan bilis tu, bila dah sejuk macam liat pulak. Sebab tu saya bancuh cukup untuk 2 orang makan.
Nampak sedap kan mee kari dalam gambar tu? Memang sedap korang, beli kat restoran sebelah taman. Kalau nak auruh saya masak mee kari sendiri boleh je, tapi kena hujung minggu gitu. Hehe..


Cukuplah simple je sebab makan pun berdua, anak sulung kat oversea, si adik pula dekat Matrikulasi. Sambil sarapan sambil mengenang kan kedua-dua anak solehku itu. Beginilah family jika anak tak ramai. Kita kena bersedia bila tiba waktunya mereka mengejar impian, kita akan rasa sunyi dan rindu. Begitulah kehidupan...

So, kalau korang tak ada idea nak breakfast apa pagi ni, pegi cepat bancuh tepung buat jemput-jemput, simple je kan. Hidup ini keras korang. Kita yang mencorakkannya nak hidup macam mana.. ok!



2 Comments
memang sedap pun makan jemput ikan bilis. tp sampai sekarang saya tak pandai buat jemput2 bentuk bulat. HAHAHAHA
ReplyDeleteKena buat guna hujung jari masa nak masuk dlm kuali tu, nanti bulat² kejadiannya
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.