Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup. Bermacam cara saya cuba, kadang jadi dan ada ketika tak jadi seperti apa yang dikongsikan oleh sesetengah youtuber. Tapi tak apa.. kita cuba sampai jadi. 

Ada yang buat letak tepung beras, tepung gandum, majerin, telur, minyak masak dan macam-macam lagi.

Mereka tak salah, cuma air tangan yaang berbeza menjadikan sesuatu resepi itu jadi sesuai atau sebaliknya.

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup


Bahan-bahan:

Sediakan pisang samada pisang tanduk, nipah, pisang nangka dan sebagainya - pisang yang sesuai

2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air sejuk
2 sudu makan minyak masak
2 sudu kecil garam
1 biji telur
Pewarna kuning secukupnya

Cara penyediaan:

1. Campurkan semua bahan, garam & air (bancuh siap²),  dicampurkan sehingga rata. Bancuhan tidak pekat, dan cair yang sesuai.

2. Biarkan bancuhan seketika dalam 1/2 jam

3. Panaskan minyak yang penuh dan masukkan pisang satu persatu.

4. Bila pisang dah bertukar keperangan, angkat dan toskan minyak.

5. Siap untuk dihidangkan. Cicah dengan sambal kicap, pasti habis satu pinggan pisang. 🤩 

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Cara Buat Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Selamat mencuba semua, kalau tak jadi jugak tak tau lah. Tapi saya tulis resepi di atas dan biar gambar berbicara. Alhamdulillah.. jadi nampaknya.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments