Asam Pedas Siakap Guna Perencah Asam Pedas Adabi. Haaa.. panjang gitu tajuk entry saya hari ni, sebab nak bagitau kat korang yang nak masak asam pedas tu mudah sangat, terutama bagi yang newbies dan juga pada orang yang sibuk. Dengan adanya pes asam pedas adabi, asam pedas korang jadi sedap akhirnya.







Hidangan asam pedas untuk dinner, balik kerja terus campak - campak dah siap!!
Cara nak masak mudah aje..
Bersihkan 1 ekor siakap, potong 3 @ 4 bahagian
Ketuk 2 batang serai
Gula dan garam secukupnya
Perencah asam pedas adabi
Daun kesum secukupnya
Caranya:
Tumiskan perencah asam pedas adabi
Masukkan air, jika terlalu pekat
Masukkan serai
Kacau rata, sehingga mendidih
Masukkan daun kesum
Akhir sekali masukkan ikan, biarkan seketika
Perisakan dengan garam dan gula. Matikan api bila ikan sudah lembut
Jika suka, boleh masukkan bendi, tomato & cili padi untuk lebih pedas.



Haaa.. senang kan memasak asam pedas. Tak perlu risau rasa asam pedas tu jadi @ tidak, kerana dengan menggunakan pes asam pedas adabi rasa asam pedas korang jadi rasa asli dan boleh hirup kuahnya.
![]() |
| Gambar perencah asam pedas Adabi |
Kalau nak masak lebih ikan, kena tambah kan jumlah pek asam pedas tu.
Selamat mencuba.




0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.