Cukuplah Allah Sebagai Pentadbirmu. Tiada Tuhan Selain Allah, tiada dua atau tiganya. Sesungguhnya Allah Maha Besar. Dalam apa keadaan pun, letakkan Allah nombor satu, letakkan DIA tempat utama untuk kita minta izin sebelum melakukan sesuatu. Hanya dengan izin Allah semua benda jadi mudah dan berjaya.


Cukuplah Allah Sebagai Pentadbir
1. Wahai Nabi ! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
2. Dan turutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, (dan janganlah menurut adat resam Jahiliyah); sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
3. Dan berserahlah kepada Allah (dan janganlah menumpukan harapanmu kepada yang lain), kerana cukuplah Allah menjadi Pentadbir urusanmu.
- surah Al ~ Ahzab 33: ayat 1-3
Semoga bermanfaat.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.