Rantai Tangan Baru Dengan Charm Mini Goldbar. Saya suka beli goldbar samada saiz besar 5 gram tu atau mini goldbar dalam bentuk charm. Rasa ralit je tengok goldbar comel tergantung kat rantai tangan saya. Hehe..

Rantai tangan tu beli asing dan charm goldbar tu pun beli pada waktu yang lain. Then saya pergi kedai emas mintak dia orang patrikan.

Ya faham, emas sekarang tengah mendonia ya! Jika korang ada emas lama, trade in sekarang atau buy back pun untung besar. Tapi kena berhati- hati buat keputusan taw.

Ketika saya beli rantai tangan tu, emas segram dah cecah RM570. Saya ada empat keping wafer emas tolak balik pun dah dapat tunai RM530. Tak sangka ada nilai rupanya wafer emas saya tu..


Ada ketika kita kena simpan emas tu dan gunakan jika betul-betul perlu. Tetapi jika anda seorang pelabur emas, ketika emas naik atau turun anda kena beli. Bukan jual tak mengira waktu.

Mana-mana barang kemas lama saya yang dah tak dipakai, saya jual balik dan duit yang dapat tu saya belikan cincin emas 999. Hehe..
Semoga anda semua berhati-hati dalam membuat urusan jual beli emas. Okay!!



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.