Wahai Tuhan Kami, Keluarkanlah Kami Dari Azab Ini

Aynora
By -
0
Wahai Tuhan Kami, Keluarkanlah Kami Dari Azab Ini. Dengarkanlah rayuan kami, hambaMu yang banyak dosa!

Ya Allah Kami takut akan azabMu. Terimalah taubat-taubat Kami.

Bacalah! Tentang peringatan dari al-Quran. Bacalah! Tentang amaran di dalam Kalam Allah itu. Nescaya kamu akan takut mendengarkan, gerun dengan peringatan tersebut.


Peringatan Al-Quran


"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); *kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka):

"Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat ?

Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".

Faatir 35: ayat 37

Betapalah banyaknya peringatan dan amaran diberikan, tidak kah kamu mengetahuinya. Dunia semakin fana. Bumi pun sudah tidak mampu mahu menanggung dan menampung dosa-dosa yang kita lakukan.

Bangkitlah saudara mukmin ku sekalian, sama-sama kita kembali kepada jalan yang lurus, jalan yang telah ditunjukkan kepada kita.

Kezaliman, maksiat, penganiayaan dan segala macam kejahatan, kita hentikanlah. Mari kita mencari kebaikan kerana nanti yang baik-baik akan datang kepada kita kembali.

Insha Allah.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Tags:

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!