Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Aynora
0
Shopping Online Handbag Coach. Nama handbag tu Coach Easton Tote Bag. Bag yang agak besar, senang nak di bawa ke sana ke mari isi apa saja yang terlintas di fikiran. Kalau dilihat ke belakang (throwback), dah lama saya tak beli handbag. Stok handbag kat rumah pun dah berkurangan kerana ada sesetengah bag yang jarang dipakai, saya telah berikan kepada anak sedara, mak sedara, kakak, adik dan rakan perempuan anak bujang ku.. hihi🫢🫢. Budak office pun saya bagi je. Konsep saya mudah, ambil free saya bagi tetapi kena pakai. Kalau tak nak pakai cakap awal-awal, bolehlah saya beri kepada orang yang memerlukan. 

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag
Info menarik Juga >>>

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag


Hai laaa.. saya dah lama tau tak shopping handbag kerana nak mengutamakan persediaan anak bongsu ke luar negara, lepaskan yuran dia semua, then barulah ada hati tengok live orang jual handbag. Dia fly pada 20 September 2026, dan pada hari Ahad yang lepas saya sambar satu bag Coach dari live session seller di TikTok. Tengok ada 29% offer, terus je beli. 

Sedikit info tentang bag Coach Easton Tote : 

Panjang 16", Tinggi 11.5 " dan lebar 5.25 ".
Lapisan fabrik kulit licin dan kain Chenille khas signature bag Coach, tali bag panjangnya 10.5 inci, poket berzip dan juga poket pelbagai fungsi di dalam. Ada juga penutup berzip serta empat tapak pelindung di bahagian bawah bag. Boleh dikatakan beg ini kategori tahan lasak. 

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Harga asal dia RM1,490, lepas diskaun dan voucher dari TikTok, dapatlah harga RM1,054. Pejam mata checkout ✔️✔️. Kalau korang ada yang rajin tengok live session tiktok, sekarang harga beg ada offer lagi seingga 32%. Hmm.. itulah risikonya bila shopping online. Sekejap harga naik, sekejap je dah turun.

Dan tadaaa .. petang tadi balik dari office parcel besar dah sampai rumah. Alhamdulillah. Esok nak terus pakai, sebab nak kena testing juga adakah bag yang agak mahal ni tahan lasak ke tidak? 

Gaya ala-ala chatgpt


Shopping Online Handbag Coach Easton Tote Bag

Petua saya jaga bag senang je, lagi dia mahal lagilah saya buat pakai harian. Takde lah nak sayang sangat.. biar dia berjasa pada kita pulak. Semoga korang yang suka style handbag besar dan petak macam saya ni, dapat direzekikan dengan peluang yang lebih hebat lagi. Insha Allah.
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
To Top