Lakukan Apa Saja Dalam Hidup Dengan Fikiran Dan Hati Yang Besar. Faham tak maksudnya? Nak dapatkan fikiran dan hati yang besar, sebenarnya anda kena banyak berkorban. Korban apakah itu? Tentulah korban wang ringgit, perasaan, fizikal dan mental pun kena kuat.


Apakah terbukti dengan fikiran dan hati yang besar kita akan dapat pulangan yang besar juga? Mestilah betul, dengan izin Allah.

Contohnya, anda mahu anak anda memiliki kerjaya yang hebat dan rezeki besar di kemudian hari. tentulah anda kena membuat pelaburan yang besar dalam menyekolahkannya. Berikan yang terbaik dari segenap segi, contohnya:
1. Didikan seawal kecil dengan mendedahkan hal-hal kejayaan di sekitarnya
2. Berikan supplement minda terbaik dan sesuai dengan anak-anak, dan yang pasti kosnya pun besar
3. Hantar ke sekolah yang baik, memerlukan minda dan emosi yang besar juga kerana berkorban untuk berjauhan dengan anak-anak seawal usia mereka 13 tahun
4. Menyediakan keperluan harian dan persekolahan mereka secukupnya, dan jangan sesekali berkata, "kami belum gaji, tunggu gaji boleh?'
5. Ajari hal-hal besar dan penting dalam kehidupan seorang muslim, contohnya cara berdoa, berzikir selepas solat, lakukan ganti solat yang tertinggal dengan segera dan banyak lagi.
6. Dan banyak lagi hal besar yang perlu kita lakukannya untuk hasilnya menjadi gah!!
Lakukan Apa Saja Dalam Hidup Dengan Fikiran Dan Hati Yang Besar
Apa yang boleh anda mulakan untuk melatih fikiran dan hati agar bertindak lebih besar dalam segala hal.
1. Cara kita memberi sedekah - jangan fikir duit tinggal sikit kita bagi sikit. Sebaliknya yang sikit tu kalau boleh bagi 90% dan yang 10% itu kita punya. Bukan kah Allah dah janji, apa yang kita bagi (sedekah) itu akan dapat balik. Apa nak risau, betul tak?
2. Berkongsi ilmu - jangan kedekut. Kalau ia bukan rahsia kerajaan (hihi), ajarkan je ilmu yang kita ada. Fikirkan secara besar dan luas bahawa ilmu kita itu akan merebak dan meluas selagi ia digunakan.
3. Fikirkan begini, hidup mesti bermanfaat - dalam detikan hati dan fikiran kita sentiasa ingat, "eh! apa aku buat ni bermanfaat pada diri aku dan orang lain ke?". Ingat sampai mati benda ni.. Kan Allah suka orang yang hidupnya sentiasa memberi manfaat kepada orang lain!

4. Benda kecil fikir dari sudut yang luas/ besar - makan dengan pinggan yang besar, rumah yang luas tak banyak barang, beli barang dapur atau makanan kesukaan family dengan jumlah yang banyak agar mereka merasa tercukupi, bila dah puas makan mereka akan stop dengan sendirinya.
Lakukan sesuatu perkara dengan berfikiran luas dan dengan hati yang lapang (luas) juga, insha Allah semuanya akan menjadi hasil yang banyak kepada anda semula.
Fikiran dan hati yang luas menunjukkan anda seorang yang positif, tenang, percaya diri dan yang penting anda percaya rezeki Allah itu luas juga.
Semangat taw kekawan!!



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.