
Zahirkan Rasa Syukurmu
Di dalam al Quran ada dinyatakan :
1. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.. - Surah 93: Ad ~ Dhuhaa ayat 11)
Daripada ayat 11 surah ad-Dhuhaa, kita disuruh untuk terang-terang bersyukur, contohnya:
1. Dikurniakan kesihatan kita bersyukur. Caranya kita tunaikan solat wajib & sunat, berusaha hingga jadi kaya raya dan memberi semula melalui zakat, infaq dan sedekah
2. Dikurniakan kejayaan, kita bersyukur. Dengan cara mengajarkan pula ilmu kepada orang lain, melebarkan manfaat kepada seluruh alam
3. Dikurniakan kebaikan, kita bersyukur. Bila dapat kebaikan, kita menabur kebaikan pula pada orang lain, beradab, menunjukkan teladan yang baik dalam perniagaan, pekerjaan dan sebagainya.
2. Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.- Surah 100: Al ~ Aadiyaat, ayat 6.
Melalui ayat ke 6 surah Aadiyaat kita boleh mengambil pengajaran:
1. Bahawa manusia sering kali mengingkari nikmat Allah, tidak berterima kasih, dan hanya mengingat keburukan serta melupakan kebaikan. Ayat ini menyusuli sumpah Allah tentang kuda, membandingkan ketaatan kuda kepada tuannya dengan ketidaktaatan manusia kepada Penciptanya

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.