Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Doa Harijadi Untuk Diri Sendiri Dan Orang Yang Tersayang

Doa Harijadi Untuk Diri Sendiri Dan Orang Yang Tersayang. Kebiasaannya kita memberikan ucapan harijadi kepada orang yang tersayang dan orang lain pun akan mengingati harijadi kita dengan ucapan yang baik dan indah-indah. Namun, kita juga boleh mendoakan seseorang pada harijadinya dengan memohon kebaikan kepada mereka.

Doa harijadi amat istimewa terutamanya kepada diri sendiri agar pada hari ulangtahun kelahiran kita setiap tahun, menjadi hari terbaik kita berhijrah kepada diri kita yang semakin baik. Mengapa pentingnya mendoakan diri sendiri pada hari kelahiran? Kerana itulah senjata paling ampuh untuk mengubah takdir pada hari istimewa kita, yang kita ingati setiap tahun. Semoga yang baik-baik saja berlaku untuk diri sendiri pada hari-hari mendatang!


Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Doa Harijadi Untuk Diri Sendiri Dan Orang Yang Tersayang


1. Ya Allah, 
kami panjatkan kesyukuran kepada Mu di atas kurniaan nikmat ihsan dan rahmat Mu yang Kau berikan kepada kami. Di hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan.

2. Kami amat bersyukur di atas pemberian dan kurniaan Mu kepada kami hamba Mu yang kerdil ini diberi nikmat kehidupan yang tidak ternilai dengan anugerah yang sangat banyak nikmatnya.

3. Ya Allah! Ya Tuhan kami, bersempena dengan hari lahir pada hari ini, kami bermohon agar dilimpahkan berkat dan rahmat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang kami sayangi ini.

Doa Harijadi Untuk Diri Sendiri Dan Orang Yang Tersayang

4. Kerana telah melahirkan kami ke dunia ini dan membesarkan kami tanpa diminta balasan sehingga kami menjadi orang yang berguna serta berjaya sehingga ke saat ini.

5. Ya Allah, 
Kau gantikanlah setiap kesakitan dan setiap titisan darah ibu yang telah melahirkan kami kepada nikmat yang tidak terhingga ketika mereka berada di syurga Mu nanti.

6. Gantikanlah setiap penat lelah dan segala keperitan seorang ayah yang telah bersusah payah kerana membesarkan kami dengan nikmat yang indah dan senang ketika di alam syurga Mu nanti.

7. Ya Allah Ya Tuhan Kami, 
jika kedua-dua ibu dan ayah kami telah menyahut panggilan Illahi buat selama-lamanya, jadikanlah alam kubur mereka seperti mana sebahagian taman-taman syurga Mu yang indah itu nanti.

8. Berikanlah mereka kesenangan, keindahan, kedamaian berserta ketenangan dengan penuh lapang tanpa sebarang kesulitan ketika mereka sedang bersemadi.

9. Ya Allah Ya Tuhan kami! 
Kau kurniakanlah keberkatan dan rahmat Mu kepada kedua ibu dan ayah kami sebagaimana mereka yang telah menyayangi kami dengan penuh keikhlasan sejak dari dalam kandungan lagi.

10. Ya Allah, 
Pimpinlah kami dengan taufik dan hidayah Mu ketika kami sedang meniti usia yang kini semakin dewasa dan tua, supaya kami tidak tersesat dan terpesong akidah.

11. Tidak rosak akhlaknya dan tidak melanggar syariat Islam. Bimbinglah kami supaya menjadi hamba Mu yang bersyukur sentiasa biarpun nikmat yang diberikan begitu sedikit.

12. Jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa bersabar dengan segala cabaran dan dugaan serta akan menjadi hamba Mu yang gagah dan kuat melawan segala godaan nafsu dan syaitan yang kejam.

Aamiin Aamiin Aamiin... Ya rabbal'alamiin

Read More ....


Post a Comment

0 Comments